Biasiswa Yayasan Sudah Dihentikan – Jentera Pembangkang

Sebenarnya malas admin mengomen di Group Whatapps pro Warisan tu. Bukannya apa sikap dan attitude mereka, macam orang yang tidak bertamadun. Lain kita cakap, lain pula yang mereka balas. Macam kucing kehilangan anak.

Tapi bila mereka mencanang kononnya Yayasan Sabah telah menghentikan pemberian biasiswa maka terpaksalah juga kita mengomen, supaya tidaklah fitnah bodoh mereka dianggap benar oleh masyarakat yang ada diluar sana. Dasar!

Walhal sehingga hari Yayasan Sabah masih menyalurkan biasiswa kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa termasuklah dari kaum Cina, asalkan mereka berkelayakan.

Untuk nota Secara keseluruhannya, sebanyak RM577 juta telah dibelanjakan oleh Yayasan Sabah untuk menaja seramai 71,889 orang pelajar di peringkat sekolah menengah sehingga ke universiti sejak 1968.

Daripada jumlah itu, seramai 17,547 pelajar dari peringkat universiti telah menerima manfaat itu dengan melibatkan nilai kos sebanyak RM287 juta.

Daripada jumlah itu pula , seramai 1,786 orang menerima Sijil, 12,682 orang menerima Diploma, 2,488 orang menerima Ijazah, 71 orang Sarjana, 13 orang mendapat Doktor Falsafah (PhD), 421 mendapat Ijazah Perubatan, 43 mendapat Ijazah Farmasi dan 43 mendapat Ijazah Perundangan. (sumber)

Bayangkan, sudah berapa ribu agaknya kenyataan fitnah yang telah dicipta oleh totok pembangkang.

#BNforSabahan #tolakwarisan

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: