Harap Masyarakat Papar Mengiktiraf Kerja Kerajaan BN – Rosnah

Admin tertarik pada satu artikel berkenaan daerah Papar yang diwakili oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid shirlin dimana beliau menyangkal tuduhan yang dilemparkan oleh kumpulan masyarakat pro-pembangkang di daerah itu. Kononnya daerah Papar tidak menerima pembangunan prasarana dari beliau atau kerajaan BN.

Hakikatnya daerah Papar telah menerima pelbagai pembangunan prasarana sama ada dari Federal atau kerajaan negeri.

Seperti contoh Hospital Papar yang sedang menjalani fasa menaik taraf yang menelan belanja RM100 juta. Sebelum itu fasa pertama telah berjaya menambah kualiti perkhidmatan haemodialysis supaya pesakit tidak lagi pergi ke Kota Kinabalu atau Beaufort.

Kerajaan juga telah menangani perumahan rakyat dengan membina dua projek perumahan di Kinarut tidak jauh dari Beringgis dan dua lagi projek perumahan Prima terletak di daerah Kinarut yang dijangka siap pada tahun depan.

Pentadbiran Yb Datuk Rosnah juga telah membelanjakan sebanyak RM1 juta untuk membina dan membaiki 20 unit jambatan yang rosak akibat bencana banjir pada Ogos tahun lepas.

Selain itu kerajaan juga telah meluluskan pembinaan dua kompleks sukan baru di Parlimen Papar, satu di bandar Papar dan satu lagi di Beringgis yang jaraknya 12 KM dari Papar.

Pembinaan projek Lebihraya Pan Borneo sedang dijalankan se jarak 30km yang akan menghubungkan Papar dan Kinarut dan dijangka siap pada tahun depan.

Pembangunan yang dinyatakan diatas hanyalah sebahagian kecil dari kerja kerja berkebajikan yang telah berjaya dilaksanakan selain perancangan pembangunan di masa hadapan.

Memandangkan pilihan raya umum semakin dekat, beliau berharap semoga rekodnya setakat ini akan mampu meyakinkan rakyat dan terus memberikannya peluang untuk berkhidmat kepada mereka seperti yang telah dilakukannya sepanjang tahun ini.

Jadi pada politik Warisan yang sedang bergerak aktif di daerah itu, agak agak jugalah dalam melemparkan tuduhan tu. Selidik dulu apa yang telah dikecapi oleh masyarakat jangan main hentam keromok jak, memalukan diri sendiri kok itu. Alahai!

Jangan juga masyarakat Sabah secara umumnya terpedaya dengan permainan pembangkang yang tampak semakin ketinggalan zaman, kerana tuduhan seperti ini hanyalah bertujuan untuk mengelirukan masyarakat. Hakikatnya Presiden Warisan lah yang wajar dipertanggungjawabkan keatas kegagalannya sebagai mantan Menteri KKLW. Hemmm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: