Bukti Warisan Tidak Berkerjasama Dengan PH – Ketua Wira Warisan

Ketua Wira Warisan Sabah, Azis Jamman mengesahkan mereka tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Betul kah ni, bukan takiah kah. Sudah muktamad kah ni?

Pendirian Warisan yang entah betul entah tidak itu ditegaskan sewaktu menyangkal kenyataan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Ramlee Marahaban.

Ramlee mendakwa penolakan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking terhadap cadangan Timbalan PH Sabah, Stephen Wong hanyalah drama politik. Hakikatnya sejak dari awal Shafie adalah proksi Dr M. Ramlee juga amat mengenali siapa Shafie yang mudah mengubah pendirian, selagi perkara itu menguntungkan politiknya.

Sebelum ini PH Pusat mencadangkan yang diwakili Timbalannya Muhyiddin Yassin dan Stephen Wong, Timbalan Pengerusi PH Sabah. Agar agihan kerusi PH dan Warisan dibuat secara 60% kerusi DUN diambil oleh Warisan dan 60% daripada kerusi Parlimen diberikan pada PH.

Tapi ditolak oleh Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking sebagai rancangan memecahkan blok pembangkang dan cadangan itu datang dari DAP Sabah bukannya PH Sabah. Dan pada Ketua Wira Warisan Sabah penolakan itu adalah bukti yang Warisan bukannya proksi PH atau tidak akan berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung.

https://jalinluin.com/2018/01/27/warisan-aka-ayam-kampung-semakin-terdesak/

Uinna, betulkah pendirian Ketua Wira Warisan, Aziz Jamman bahwa mereka tidak akan berkerjasama dengan PH? Jangan kantoi ahh. 😁

Adakah Ketua Wira itu lupa, siapa Dr M aka Mukhriz, Shafie begitu juga dengan Muhyiddin, mereka adalah kumpulan yang ditendang oleh BN, selepas gagal menjatuhkan PM Najib Razak dengan cara yang tidak demokratik. Jadi tak kan tidak ada kerjasama di antara mereka, apa lagi kini mereka mewakili parti masing-masing. Logik lah sikit!

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s