Artikel dibawah ditulis pada lapan bulan yang lalu dan hari ini ternyata ia benar.
Kelmarin semasa di Majlis politik yang diadakan di daerah Labuan, Presiden Warisan ada menyuarakan persetujuan mereka untuk berkerjasama dengan PKR atau PH.
Apa maksudnya ni, ini kah yang dimaksudkan dengan perumpamaan lidah bercabang?
Jangan masyarakat Sabah memandang remeh pendirian yang tidak konsisten seperti ini, kerana ini menunjukkan parti itu mudah menidakkan janji manis yang mereka telah tabur sebelum ini atas alasan demi kononnya kepentingan parti. Walhal ia diputuskan atas kepentingan kroni atau kerabat. Jadi berhati hati!
Ingat Warisan ingat politik Donald Trump. Dimana sehingga hari ini Donald Trump gagal melaksanakan janji janjinya kerana bertentangan dengan Perlembagaan negara. Janji tinggal janji!
Warisan ketika berceramah di program Bicara Presiden di Kampung Benoni, Papar. Mendedahkan kenapa Warisan tidak mahu berkerjasama dengan mana mana parti politik dari Semenanjung;-
Sebab tidak mahu berkerjasama dengan parti parti seperti PPBM, DAP dan PKR adalah supaya kononnya tidak terikat apabila Warisan menuntut tambahan royalti 15% daripada Federal. Tapi,
Anda menuntut sesuatu dari satu pihak tapi anda tidak ada hubungan atau kerjasama yang baik dengan mereka. Boleh jalan kah? dari konteks ini lupakakn soal hak seolah olah boleh dituntut begitu saja, sebab Petronas adalah aset negara walaupun pelantarnya terletak di perairan Sabah.
Persoalan kedua, andai pembangkang berjaya menawan Putrajaya atau Federal, adakah Federal pada waktu itu sanggup melayan kehendak Warisan. Sedangkan kita tahu Federal sebagai pusat pentadbiran akan melihat kepentingan negara melebihi agenda parti politik semata-mata. Kita ambil contoh negeri Kelantan, Kelantan adalah negeri yang diperintah oleh pembangkang sejak sekian lama dan dalam masa yang sama mereka menuntut lebih…
View original post 150 more words
Jadi, kalau nak berpolitik, mesti BIJAK!!!!!!
LikeLike