Si Micheal Di Kambing Hitamkan – Skandal Tanah Tongod

Admin permudahkan jalan cerita usai skandal tanah Tongod yang memalitkan pemimpin Warisan disiasat oleh SPRM ya. Sekaligus menjadi kesudahan kepada skandal berkenaan.

Dua hari yang lepas si Peter dibebaskan selepas direman tujuh hari dengan penalti RM55 ribu dan seorang penjamin berstatus tempatan. Klik link ini https://jalinluin.com/2018/01/13/si-peter-bebas-tahanan-reman-tapi-apa-kaitannya-dengan-bible/

Tapi seorang lagi yang disyaki bersubahat dengan si Peter iaitu si Michael belum lagi menyerahkan diri dan sekarang pihak yang berwajib sedang memburunya dengan bantuan agensi antarabangsa.

Nampak tak, ada usaha untuk mengkambing hitamkan si Michael dengan harapan tuduhan keatas pemimpin Warisan berkaitan skandal ini akan terlepas.

Kalau kita masih ingat notis 48 jam yang dikeluarkan oleh SPRM. Agar Naib Presiden Warisan, Peter dan seorang lagi individu yang dikenali sebagai Michael supaya tampil menyerahkan diri ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan keatas skandal pembelian tanah di Tongod, Tenom.

Beberapa hari selepas notis dikeluarkan, hanya si Peter yang tampil menyerah diri, walaupun sudah dua bulan gagal melaporkan diri ke Pejabat SPRM, Kota Kinabalu. Manakala si Micheal sehingga saat ini masih bersembunyi. Bayangkan si Michael tu seorang peguam tapi tidak berani berhadapan dengan penyiasatan, apa maknanya tu? Maknanya dia sedar, mereka dipihak yang salah dan akan dihukum setimpal dengan pembabitan mereka.

Tapi jangan kamu termakan taktik kamikaze Warisan ya. Kalau pun si Michael terus menghilangkan diri, itu tidak bererti tidak ada sudah individu yang boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan wang pendahuluan RM15 juta yang sepatutnya digunakan untuk membeli tanah di Tongod.

Sebaliknya masih ada dua atau tiga lagi individu yang terbabit dan masih berada didalam Malaysia. Pastinya pembaca pun maklum bha kan, siapa pemimpin pembangkang yang admin maksudkan.

Hakikatnya siapa juga si Micheal tanpa pengaruh si Peter dan siapa juga si Peter tanpa bosnya yang berkuasa penuh dan yang bertanggungjawab membeli tanah di Tongod. Oleh yang demikian, siapa diantara mereka yang paling layak untuk dipertanggungjawabkan?

Dengar khabar dalam tempoh terdekat ini SPRM akan memanggil seorang lagi pemimpin Warisan. Atau mungkin kah hasil siasatan keatas si Peter sudah mencukupi untuk membolehkan SPRM mendakwa mereka yang terbabit di Mahkamah termasuklah keatas diri si Peter? Kita tunggu dan lihat. Siapa yang kena dan apa yang akan berlaku!

šŸ‘‰ Pointnya dengan megambing hitamkan si Micheal maka sahlah yang menyonglap wang pendahuluan RM15 juta itu ialah pemimpin Warisan. Titik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s