Mana Perginya Laungan Reformasi, Kenapa Malah Dr M Diangkat Sebagai Perdana Menteri 🙂

Pendapat yang menarik dari Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Berkenaan Dr Mahathir yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia andai Pakatan Harapan berjaya mengalahkan BN pada pilihan raya akan datang.

Jelas Ketua Menteri Sabah, tindakan mencalonkan Dr Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri adalah hal yang bertentangan dengan perjuangan terkenal PKR sebelum ini iaitu perjuangan melalui slogan reformasi. Malah terus dilaungkan semasa konvension Pakatan Harapan berlangsung.

Ini menunjukkan masih ramai ahli PKR yang berpegang teguh pada reformasi, perjuangan yang bertujuan menyingkirkan Dr M dari jawatan Perdana Menteri selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tambah Ketua Menteri Sabah langkah mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, menunjukkan Pakatan Harapan tidak berpandangan jauh.

“Apa sudah jadi dengan cakap berdegar-degar tentang perubahan. Singkir yang lama, ambil yang baharu?”

“Nampaknya, Pakatan menggunakan peta yang sama untuk melakar laluannya ke Putrajaya,” kata beliau

Pendapat Ketua Menteri Sabah, Musa Aman ini amat bertepatan dengan pendapat Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017. Yang antara lain mempersoal kredibiliti Dr Mahathir Mohamad dari konteks kebebasan bersuara dan tuntutan perjanjian 1963 yang tidak terbuka malah menggunakan Akta ISA. Justeru itu,

“Kalau hendak parti of the future, you can’t take somebody from the past”.

One thought on “Mana Perginya Laungan Reformasi, Kenapa Malah Dr M Diangkat Sebagai Perdana Menteri :-)

  1. Tak sangka Musa Aman sayangkan PKR dan takut Anwar tak dapat
    jadi PM kalau PH menang dan Tun Mahadir jadi PM.
    Come on Datuk Musa, ini baru perancangan/strategi untuk perang.
    Kamu tak yakinkah dengan sgtrategi CASH IS KING……..???
    Nak perang mestilah ada strategi.
    Masing-masing berusah untuk menang tapi SIAPA yang layak
    menang bergantung kepada PERANCANGAN ALLAH.
    Jadi, Musa Aman tak perlu gerun dengan Tun Mahadir.
    Dia cuma manusia kerdil berusia 93 tahun.
    Kalau tak yakin dengan strategi CASH IS KING, carilah strategi lain,
    macam keluarkan Najib daripada UMNO dan jawatan PM.
    Strategi lawan stragtegi, kita tengok siapa menang.
    Keiasn orang bodoh, baru stragtegi dah menggeletar lutut..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s