Mana Sambutan Majlis Krismas Diperingkat Bahagian Bahagian Warisan Diseluruh Sabah?

  • Awal pagi lagi admin menerima mesej dari masyarakat marhaen dari di pantai barat Sabah, “pantai” yang menjadi markas parti Warisan. Kerana Warisan tahu untuk mendapatkan banyak kerusi hingga melayakkan mereka menjadi kerajaan Sabah, Warisan perlu menguasai banyak undi atau kerusi dari pantai barat Sabah. (Setakat Semporna, apa ada, sekarang ini pun Semporna diperintah oleh Warisan)
  • Kerana itu Warisan sanggup mempolitikkan apa saja termasuklah mempolitikkan anutan agama orang lain. Dimana pada 19 November 2017 Warisan telah menganjurkan satu majlis yang dihadiri oleh khususnya Ketua Ketua agama Kristian di sekitar Keningau. Tapi ucapan Presiden Warisan di Majlis itu telah mencetuskan ketidakpuasan hati dikalangan penganut agama Kristian itu sendiri yang terdiri dari masyarakat setempat, Ketua Ketua agama dan pemimpin politik.
  • Presiden Warisan dalam ucapannya menyalahkan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang beragama Kristian sebagai gagal melindungi agama mereka. Iaitu apabila pemimpin Kristian Sabah tidak bercakap atau menentang kerjasama UMNO dengan part PAS yang mengamalkan versi agama yang melampau. Tapi semasa Presiden Warisan bersama UMNO dia sendiri yang mencadangkan agar kerjasama UMNO dan PAS perlu lebih diperkasakan. Malah dalam satu kenyataan yang berasingan merujuk bahwa Presiden Warisan sanggup “memperjuangkan” agama Kristian.
  • Persoalannya, benarkah Presiden Warisan ingin memperjuangkan agama Kristian atau sekadar modal undi untuk PRU yang akan datang? Persoalan inilah yang menjadi pertanyaan dikalangan masyarakat yang beragama Kristian hingga admin menerima mesej dari mereka.
  • Mereka menimbulkan pertanyaan adakah Presiden Warisan seorang yang hipokrasi memandangkan sebelum ini beriya iya ingin membela agama mereka. Tapi sehingga hari ini tiada satu pun sambutan Krismas yang dianjurkan oleh Presiden Warisan diperingkat Bahagian Warisan yang ada diseluruh Sabah dan majlis itu dihadiri sendiri oleh Presiden Warisan, Shafie. Mana?
  • Mari kita dengarkan apa kata Warisan. Tapi jangan pula mereka spin gambar diatas ya, sebab gambar itu hanyalah sambutan Krismas tidak rasmi diperingkat Penampang. Walaupun dikhabarkan tidak mendapat sambutan dari komuniti setempat. 😉

#BNforSabahan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: