Roti Canai berharga RM0.50 sedangkan para macai pembangkang sibuk menyalahkan GST!
Seorang peniaga makanan, roti canai yang juga pemilik akaun Facebook Pai Chow telah mengambil inisiatif mempromosikan harga jualannya dengan harga yang cukup murah.
“Roti terbang 50 sennn je bang…..mai mai sampai kul 12.30 malam…abis awal tutup awal haaa”
Tapi niat baik penjual jujur itu telah mendapat kecaman dari netizen tolol yang menyalahkan si peniaga sebab kononnya telah melanggar peraturan. Dek kerana itu si peniaga telah membuat kenyataan balas, seperti dibawah.
“Assallamualaikum..disini saya ingin memohon maaf sebab sejak saya viral kan roti canai 50sen ada segelintir yang mengecam dan menuduh saya tak ikut peraturan harga berniaga..disini saya menegas kan bahawa saya akan terus menjual roti canai 50sen saya sebagai satu tarikan..ini ada lah startegi saya untuk berniaga dan sambil beramal..pada yang menyokong saya ucap kan ribuan terima kasih.dan pada yang mengecam saya sedikit pun tak tergugat…malah saya anggap ini langkah pertama untuk saya berjaya…”LOKASI KAMPUNG TENGAH SEGAMAT JOHOR …BERHAMPIRAN KEDAI PERABUT .KALAU DARI BANDAR SEGAMAT BELAH KIRI…0108111982.ALANG…sokongan sahabat amat di perlukan
Apa yang kita dapat buktikan dari perkembangan ini? Nah terbukti selama ini GST yang dimomokkan sebagai faktor utama kepada kenaikan harga makanan di kedai kedai makan dan premis tertentu hanyalah muslihat peniaga yang tidak bertanggungjawab.
GST semata-mata bukannya penyebab utama kepada kenaikan harga barang tapi akibat perlaksanaan GST 6% yang sistematik hingga merugikan peniaga berbanding SST 5%-10% sebelum ini. Pelik kan? Kerana selama ini hasil dari kutipan SST telah menjadi pendapatan tambahan kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Ya, ini baru BERITA!
Satu Malaysia jual dengan rega rm1.00, dia seorang jual rm50 sen!
Berita sensasi ni.
LikeLike