Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah mengalu-alukan Bajet Negeri Sabah 2018 yang dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kewangan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam.

Kita bersyukur kerana kejayaan Kerajaan Negeri Sabah meningkatkan hasil negeri sehingga mencecah RM4.16 bilion ternyata dikongsi dan dikembalikan kepada rakyat dengan pelbagai dasar dan program berorientasikan rakyat.

Pemuda BN Sabah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana Kerajaan Negeri mengambil kira pandangan yang kami sampaikan hasil beberapa Siri Dialog TN50 yang diadakan di negeri ini.

Kita bersyukur aspirasi generasi muda yang disampaikan melalui Siri Dialog TN50 Sabah sudah menjadi sebahagian daripada agenda Kerajaan.

Antaranya perkara yang terkandung dalam Bajet Sabah 2018 adalah pengenalan Skim Jaya Perantis Anak Sabah (SYABAS) yang bertujuan untuk memberi peluang latihan bekerja dalam industri bukan sahaja kepada graduan di peringkat universiti, malah kepada lulusan diploma dan sijil.

SYABAS yang akan dilaksanakan melalui Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) akan membantu menyelesaikan isu ketiadaan kriteria ‘pengalaman kerja’ yang sering dihadapi oleh generasi muda yang memohon pekerjaaan buat kali pertama. Ini antara isu berkaitan aspek pekerjaan yang banyak disuarakan oleh anak-anak muda dalam Dialog TN50.

Selain itu, Pemuda menyokong keputusan meneruskan pemberian peruntukan untuk Program Youth Entrepreneurship Scheme (YES) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan bantuan pinjaman mikro kredit melalui Yayasan Usaha Maju (YUM) bagi membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Pada masa yang sama, Pemuda BN Sabah amat gembira isu berkaitan keperluan pementoran (coaching) dalam pengembangan usahawan muda yang dikemukakan telah mendapat respon Kerajaan Negeri dengan pengenalan Skim Pementoran Kerjaya dan Keusahawanan (SKOR). Langkah ini penting agar belia yang berminat kepada bidang perniagaan dibimbing melalui kaedah pementoran dan diberikan akses kepada pelbagai bantuan latihan, geran dan pinjaman sedia ada yang disediakan sama ada oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Begitu juga, Pemuda BN Sabah amat gembira Kerajaan Negeri memutuskan untuk menyediakan peruntukan tambahan RM5 juta sebagai bantuan khas kepada anak-anak Sabah dari keluarga kurang berkemampuan yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Ini merupakan peruntukan tambahan kepada RM40.5 juta peruntukan yang disalurkan melalui biasiswa dan dermasiswa.

Sesungguhnya Bajet Sabah 2018 amat mesra rakyat merentasi semua segmen masyarakat termasuk generasi muda.

YAMANI HAFEZ MUSA
Pengerusi
Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah

18 November 2017

-tamat-

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s