Jet Peribadi G200 Bukan Milik Ketua Menteri Sabah!

1. Dulu bila ada masyarakat yang mempersoal tahap kekayaan orang kuat Shafie Apdal maka dikatalah dengan nada yang sinis, dia kaki dengki seolah olah kredibiliti seseorang itu diukur dari sudut duniawi semata mata. Malah kerana tidak boleh menerima teguran. Makin ditayangnya harta yang dia ada, seperti peti besi yang dipenuhi dengan wang, perabot bilik tidur yang mewah serta kereta mewah yang dia ada.

2. Tapi hari ini mereka sanggup membuat sidang media khas hanya untuk mempersoal kekayaan orang lain yang pada hakikatnya mereka sendiri tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

3. Semalam Ketua Wira Warisan Sabah, Aziz Jamman membuat sidang media khas. Mereka menuntut agar Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sebagai pemilik jet peribadi model Gulfstream G200 bernombor pendaftaran VP-CSA. Supaya tampil membuat penjelasan.

4. Ternyata selepas carian dijalankan oleh jentera BN Sabah. Mendapati jet peribadi itu bukannya milik Ketua Menteri Sabah tapi milik satu syarikat swasta. Ini boleh dibuktikan berdasarkan fakta yang sahih dibawah

4.1 VP-CSA didaftarkan atas syarikat Innosky Limited, beralamat 69 Great Hampton Street, Birmingham iaitu milik syarikat Sabah Air Aviation. Jet t ini adalah jet komersial yang boleh disewa oleh sesiapa saja. Ini menunjukkan jet kontroversi itu bukannya milik Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ia hanyalah tuduhan melulu dari parti Warisan.

4.2 Gambar jet peribadi yang dijadikan bahan bukti oleh Ketua Wira, Warisan Aziz Jamman semasa dalam sidang media. Adalah sebenarnya gambar lama yang dikutip oleh seorang pengguna Facebook dari pemilik asal Syamsil Jusuf. Bagi kononnya membuktikan jet itulah yang dia nampak oleh pemilik Facebook berkenaan di lapangan terbang dan dinaiki oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

4.3 Akbar tempatan Sabah, Daily Exspress melaporkan dibawah tajuk Jet G200 adalah milik Sabah Air. Mengukuhkan lagi bahawa jet itu bukan milik Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

5. Nah sekarang, wajarkah Ketua Menteri Sabah memfailkan saman pada Ketua Wira, Warisan aka Kepimpinan Warisan kerana telah membuat tuduhan palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Ketua Menteri Sabah sekaligus kepimpinan BN Sabah?

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s