1. Jika diamati skop kerja LRA Sungai Intan, bertujuan untuk merawat air, selain penaiktarafan paip-paip lama yang rosak. Menerusi skop kerja itu, tidak termasuk sumber air yang dirawat. Maknanya, loji itu dibina hanya berfungsi untuk merawat air. Loji itu sama dengan membeli ricecooker, tidak semestinya ada nasi yang dimasak.

2. Kalau berasaskan skop kerja membina loji itu, memangpun tiada masalah, sebabnya kos RM48juta telah digunakan untuk membina loji itu. Jika loji itu tidak berfungsi sepenuhnya, kerana tiada air yang diproses, bukan masalah loji itu. Yang bermasalah, adalah mereka yang mencadangkan membina loji itu. Sebabnya, jika sesebuah loji air dibina, maka lojiknya ada air yang diproses. Demikian juga, jika membeli ricecooker, maka ada nasi yang hendak ditanak. Tidak salah membeli ricecooker, akan tetapi jika tiada nasi yang ditanak, maka kos melepas pembelian itu tidak ekonomik.

3. Jika SPRM mahu menyiasat tujuan pembinaan loji itu dikaitkan dengan keperluan air penduduk, maka ada kes prima facie, namun jika hanya menyiasat pembinaan loji itu berkaitan dengan kos yang digunakan, maka tiada kes.

4. Menurut sumber yang diperolehi penulis, skop kerja LRA itu adalah merawat air dan kemudiannya air yang dirawat itu di hantar ke tangki Kg Kemiri sebelum diagihkan ke Kg Bugaya, selain itu skop kerja juga termasuk menggantikan paip-paip usang di sekitar Daerah Semporna untuk memudahkan penyaluran air terawat. Dalam skop LRA itu tidak termasuk bekalan air ke penduduk Kg Sungai Intan, dan juga tidak termasuk sumber air.

5. Kini, yang menjadi persoalan, mengapa bekalan air untuk penduduk di mana loji itu dibina tidak termasuk dalam skop kerja LRA itu?

6. Pada masa ini, berasaskan sumber yang penulis dapat, sebenarnya loji itu berfungsi seperti biasa, kecuali pada masa-masa tertentu, misalnya pada hari-hari kelepasan am, kerana pengendali loji itu tidak memberikan kerja lebih masa kepada pekerjanya, malah dikatakan ada pekerja tidak dibayar gaji sehingga 7 bulan. (dakwaan ini belum dipastikan kesahihannya, kerana penulis belum mendapat maklum balas daripada Jabatan Air Negeri Sabah).

7. Kini, LRA Sungai Intan salah satu projek yang dikendalikan KKLW sedang disiasat SPRM, sehinggakan MP Semporna yang juga Presiden parti Warisan Sabah membangkitkannya di Dewan Rakyat, kononnya projek itu dilaksanakan oleh syarikat milik “anak buah” Tan Sri Musa Aman, manakala konsultan kepada projek itu adalah syarikat konsultan yang diterajui Naib Ketua Pemuda Umno Sabah- Shahelmey Yahya.

8. Jika melihat cara Shafie mempolitikkan LRA Sungai Intan itu, seolah-olah pembinaan LRA itu tidak menurut speksifikasi seperti mana dalam BQ projek itu, atas sebab itu, seharusnya bukan beliau yang disiasat, sebaliknya syarikat pelaksana dan konsultan, sedangkan perkara sebenar yang disiasat, mengapa pembinaan LRA itu tidak memasukkan keperluan penduduk di mana loji itu dibina. Selain itu, loji itu tidak dapat mengeluarkan air terawat seperti mana kapasiti loji itu, sebabnya,kurangnya air untuk dirawat.

9. Perkara yang disiasat, bukan loji itu, akan tetapi keputusan membina loji itu dilokasi yang tidak memenuhi syarat sebagai lokasi membina loji. Adalah sesuatu yang lojik, sesebuah loji rawatan air perlu dibina di mana terdapatnya air untuk dirawat. Kesilapan pembinaan LRA Sungai Intan, adalah keputusan yang salah di lokasi yang salah. Apabila keputusan yang salah di lokasi salah, maka sudah tentu, kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati penduduk tidak akan dapat dirasai. Maka, jika ada penduduk melakukan protes, maka itu adalah hak mereka, kerana pembelaan kerajaan terhadap mereka dinafikan, hanya kerana keputusan yang salah.

10. Cuba bayangkan, penduduk di sekitar Kg Sungai Intan, sejak sekian lama menunggu kemudahan asas, bekalan air, namun apabila sebuah loji LRA dibina di kawasan mereka akan tetapi kemudahan itu bukan untuk mereka.
11. Bukan itu sahaja, tujuan asal LRA itu adalah untuk memenuhi keperluan penduduk Kg Bugaya, namun keperluan itu tidak sepenuhnya tercapai, kerana kerap sekali, paip tidak berair. Makna kata, tujuan pembinaan LRA itu, tidak mencapai sasaran, sebab itulah ada yang mendakwa, bahawa LRA itu sebagai “gajah putih”.

Sumber.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s