Berhubung hujah Presiden Warisan di sidang Parlimen. Walaupun sesi pada kali ini bertujuan untuk membincangkan bajet 2018 tapi telah diambil kesempatan bagi menyalahkan pihak lawan rentetan siasatan SPRM terhadap dirinya yang sepatutnya tidak berlaku memandangkan siasatan SPRM masih berjalan.

Individu bernama Shahelmey merupakan konsultan untuk projek loji air Sungai Intan yang dilantik melalui tender terbuka dan kalau pun “dia” yang mendapat projek loji air Sungai Intan. Apa juga masalahnya bukan kah projek berkenaan diniagakan secara tender terbuka?

Jadi tidak timbul soal status atau siapa yang mendapat projek berkenaan sekaligus dijadikan isu atau alasan untuk lari dari tanggungjawab. Memandangkan konsultan itu bukannya kroni atau kerabat mantan Menteri KKLW, Shafie Apdal dan ia juga dianugerahkaan melalui tender terbuka.

Waktu itu, kedua belah pihak iaitu Kementerian KKLW dan negeri, masing masing ada kuasa penentu sama ada menerima atau menolak syor yang dimajukan oleh konsultan yang telah dilantik.

Barang diingat yang menyalurkan peruntukan ialah Kementerian KKLW manakala negeri hanyalah menyediakan prasarana.

Yang menjadi isu sehingga mengundang campurtangan SPRM ialah bagaimana harga projek yang asalnya baru RM?? juta boleh bertambah sehingga RM40-50 juta. Pihak atau Menteri mana yang telah meluluskan pertambahan kos ini? Di sinilah timbulnya persoalan hingga memalitkan Kementerian KKLW (Shafie) serta orang orang kepercayaannya.

Satu lagi isu yang menjadi perbualan dikalangan masyarakat Sabah ialah pihak yang wajar dipertanggungjawabkan dalam isu seperti ini ialah pihak yang meluluskan kemajuan projek sekaligus yang menyokong bayaran dilepaskan. Jadi pada pendapat pembaca atau masyarakat, pihak yang mana?

Tidak dinafikan projek loji air Sungai Intan memang beroperasi tapi tidak sepenuhnya. Jadi bolehlah dianggap projek gajah putih kerana kosnya yang terlalu mahal.

#BNforSabahan

One thought on “Status Konsultan Loji Air Sungai Intan, Semporna Tidak Boleh Dijadikan Isu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s