Jufazli (½ Tiang) Tidak Boleh Pakai – DAP Sabah

Jufazli Budak Setengah Tiang Tidak Boleh Pakai – DAP Sabah

Si Jufazli seperti biasa tampil dengan kata katanya yang syok sendiri. Kata kata yang datang dari orang yang kekurangan kasih sayang. Kata kata yang memohon pujian dari masyarakat Sabah. Kata kata dari orang yang tidak boleh dipercayai. Kata kata yang bertujuan menagih perhatian dari para Menteri dengan harapan akan dipujuk dan ditawarkan sesuatu.

Pokoknya si Jufazli bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh Sayidina Ali,

Lidah orang yang berakal berada di belakang hatinya, sedangkan hati orang bodoh berada di belakang lidahnya.

Kononnya berpendidikan tinggi tapi kenapa attitudenya teramat jelik. Bikin gelik. Bayangkan sanggup mendoakan kematian orang lain. Apa pula perasaannya bila giliran kita pula yang mendoakan kematian dan kehinaan keluarganya. Sanggup kah dia berhadapan dengan doa doa seperti ini?

Rupanya hanya berpendidikan tinggi melangit atau mendapat CGPA yang maksimum belum mampu mengubah attitude jelik seseorang. Ini fakta, lihat saja keceluparan budak setengah tiang tu.

Kita tahu sejak sekian lama si Jufazli menjulang dirinya sebagai aktivis masyarakat. Kononnya memperjuangkan masa depan masyarakat Sabah. Tapi cuba kita nilai balik, perubahan positif apa yang telah dikecapi oleh masyarakat Sabah walaupun perubahan itu berupaya pemikiran yang positif. Apa dia?

Hakikatnya si Jufazli hanyalah jentera upahan pihak yang tegar menentang kerajaan. Kerana itulah “tuannya” sering berpindah pindah sebelum ini aktivis, lepas itu Warisan dan kini DAP tapi itupun nyawa nyawa ikan sudah.

Ketololan itu tidak hanya menjadi persoalan kepada segelintir masyarakat Sabah tapi juga pada keluarga terdekatnya iaitu bapanya. Bapanya pernah mengadu pada seorang kawan, bahwa bapanya risau melihat anaknya yang tampak hanya menjadi alat kepada individu tertentu. Bahasa mudanya, bapanya mengadu perihal Jufazli yang semakin bengap.

Dengarkan saja perkhabaran terkini, apa yang dilakukan oleh DAP Sabah terhadap dirinya.

Satu masa si Jufazli menghebohkan dirinya yang dia telah mendapat tawaran kerja dari seorang ahli politik daripada Sabah. Selang beberapa hari dia mengumumkan dengan penuh rasa bangga bahwa kini dia berjawatan Setiausaha politik kepada, Jimmy Wong seorang pemimpin DAP Sabah.

Kerana terlalu teruja dia mengisytihar diri sebagai ahli DAP seumur hidup. Yang kesiannya, ibu bapanya pun dia heret sekali.

Maka mulalah dia bercakap macam orang yang setengah tiang. Difitnahlah pemimpin pemimpin BN Sabah sebagai orang atau pihak yang tidak bertanggungjawab, membakar konok perumahan kampung Ice Box, Tawau.

Kerana Fitnahnya itu dia telah ditangkap oleh pihak Polis Kuala Lumpur. Nasibnya agak baik semasa proses permohonan reman atau mengextradisi ke Sabah untuk siasatan lanjut melalui kebenaran mahkamah majistret. Pihak polis telah telah melakukan sedikit kesilapan pada borang permohonan menyebabkan si Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis.

Untuk makluman sedang fitnahnya memuncak di daerah Tawau. Ada seorang ahli UMNO Tawau menghubungi pemimpin DAP Tawau, Sabah, bertanyakan kebenaran yang didakwa oleh si Jufazli. Tahu apa yang dijawab oleh pemimpin Yb DUN Sri Tanjung itu, katanya si Jufazli tidak lagi bersama DAP. Gajinya pun sudah dua atau tiga bulan tidak dibayar. Menurutnya lagi si Jufazli jenis orang yang tidak ada disiplin (tidak boleh pakai). Kerana itulah pihak DAP tidak lagi bertanggungjawab keatas keceluparannya.

Kita juga tahu si Jufazli adalah spesis yang suka mengeji Ketua Menteri Sabah dengan tuduhan tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan yang tidak ada bukti, tuduhan yang dia kutip dari blog dan portal pro pembangkang. Bermaksud si Jufazli ni sebenarnya buta maklumat. Lagak macam saja orang yang mendapat kepercayaan.

Satu lagi kepelikannya, budak hingusan tu suka mengklaim bahawa dia telah berjaya mengalahkan Ketua Menteri Sabah di Mahkamah? Pernah kamu dengar Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dipanggil oleh Mahkamah atau disiasat oleh SPRM?

Untuk makluman si Jufazli yang setengah tiang itu pernah diajak berdebat secara terbuka oleh Ahli UMNO merangkap Ketua Penerangan Cawangan Bandar Tawau, Bro Faisal Mohidin. Tapi menikus, walaupun masej perlawanan telah dihantar berulang kali.

Kadang admin terfikir untuk membuat laporan Polis terhadap budak setengah tiang aka Jufazli ni. Tapi memandangkan dia ni bukan siapa siapa, jadi admin berpendapat adalah kerja yang membuang masa untuk melaporkan ketololannya pada pihak Polis. Iya lah gaji pun tidak dibayar tapi ada hati mencaci dan mendoakan kematian orang lain dan kita pun menyibukkan diri. Hemmm

#BNforSabahan

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s