Parti mana yang paling suka memperlekeh Bajau Suluk sebagai pengganas, bukan kah parti parti pembangkang? Tidak kiralah sama ada penyokong Warisan dan USA atau siapa saja.
Tinggal lagi ada dikalangan kaum ini yang tidak menyedarinya atau sengaja memekakkan telinga dan terus setia pada pembangkang. Hemmm.
Dari itu, bermula dari hari ini, jangan lagi kamu menyokong pembangkang, itu pembangkang bukan ada perkiraan yang rasional, hanya tahu mengikut perasaan. Mereka ingat dengan menghina individu atau bangsa tertentu ia mampu menambah sokongan. Punyalah cetek.
Tidakkah kamu terbaca kenyataan terbaru Yb DUN Bugaya, Datuk Ramlee. Berkenaan tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab sekaligus menyelar tindakan pihak tertentu yang menuduh kaum Bajau dan Suluk di negeri itu melindungi militan dari selatan Filipina atas dasar hubungan kekeluargaan.
Katanya dakwaan itu bukan sahaja tidak adil tetapi juga tidak wajar memandangkan kedua-dua kaum tersebut turut terlibat dalam berjuang dan mempertahankan kedaulatan negara.
“Logiknya, setiap perbuatan jahat ini tidak akan dilindungi walau kita sebangsa, kita satu agama,” katanya kepada pemberita.
Nah jangan lagi ada pihak dengan mudah mengaitkan Bajau Suluk dengan aktiviti pengganas. Kerana ia adalah dakwaan yang tidak adil, hakikatnya perbuatan seseorang menjadi tanggungjawabnya dan bukannya bangsanya.
Ini menunjukkan BN amat sensitif, jangan sampai permainan pihak yang kemaruk kuasa merosakkan keharmonian yang sedia ada.
Seruan seperti ini juga pernah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datu Tawfiq Titingan. Bahawa Persepsi negatif dan sentimen perkauman mengenai masyarakat Suluk dan Bajau tempatan yang timbul selepas tragedi pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, perlu dihapuskan ke arah memantapkan perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini.
Kenyataan Datuk Tawfiq itu juga dikeluarkan selepas pihak pembangkang cuba mencetuskan sentimen dikalangan masyarakat Sabah.
#BNforSabahan
Tinggalkan Jawapan