Najib Razak Ikrar Pelihara Hak Hak Sabah & Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan hak Sabah dan Sarawak akan terus dipelihara dalam Persekutuan Malaysia, selain memastikan rakyat kedua-dua negeri itu terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa khas mengkaji hak orang Sabah dan Sarawak sudah ditubuhkan bagi memastikan hak serta kepentingan kedua-dua negeri itu dipenuhi berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita akan berunding dalam satu keluarga. Tak payahlah kita membuat slogan ‘Sabah for Sabah’, ‘Sarawak for Sarawak’. Kita hendak ‘Sabah for Malaysia’ dan ‘Malaysia for Sabah’. Dengan ini, kita (Malaysia) akan maju.

“Keputusan (jawatankuasa khas) akan dibuat dalam masa tidak lama lagi bagi mengagihkan hak rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya berucap merasmikan sambutan Hari Malaysia 2017 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Likas, malam ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang mewakili kerajaan Sarawak; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak serta barisan kepimpinan kerajaan persekutuan dan negeri Sabah serta Sarawak.

Najib berkata, kerajaan persekutuan tetap menghormati dan menghargai keputusan Sabah yang bersetuju untuk bersama Sarawak dan Semenanjung bergabung membentuk Malaysia.

Katanya, kerajaan persekutuan juga sentiasa berusaha mengurangkan, sekaligus menghapuskan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bagi memastikan pembangunan di kedua-dua negeri itu seimbang dengan negeri lain.

Sumber FMT

Untuk makluman keputusan yang dimaksudkan oleh PM Najib Razak itu ialah usaha yang telah dijalankan oleh kepimpinan BN Sabah dimana satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Klik link ini Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang Pasal MA63

#BNforSabahan

One thought on “Najib Razak Ikrar Pelihara Hak Hak Sabah & Sarawak

Add yours

  1. I say, Mr.Jalin Luin, tak mahu buat satu tajuk baru ke, NAJIB KENCING P-EMBANGKANG!!!!
    Rupa-rupanya press conference Najib cuma nak announce, Mat Taib buat U turn again, balik ke
    pangkuan umno!
    So much for the melodrama………….HAHAHA.
    Semua orang ingat, Shafee Afdal sudah dapat dipujuk rayu, bila Najib ke KK semalam.
    Rupa-rupanya, cuma buaya tua kembali ke lubuk.
    Najib tak pakai nasihat Trump, to drain the swamp, sebaliknya di tambah buaya ke dalam swamp itu.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading