Entri ini ditujukan khusus untuk pengundi Bajau Suluk yang ada di seluruh negara.

Kenapa Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking tidak sudah menyalahkan Bajau Suluk melalui RCI Ic Projek? seolah olah majoriti kaum ini pemegang Ic projek kerna itu jugalah dia bersetuju agar Mykad versi Sabah diperkenalkan.

Jangan dia lupa kekuatan Presiden Warisan, Shafie bergantung sepenuhnya pada pengundi Bajau Suluk tapi dalam masa yang sama kenapa Timbalannya memperlekeh Kewarganegaraan Bajau Suluk hanya semata-mata untuk menarik perhatian KDM supaya memihak Warisan?

Untuk makluman, memang begitu style politik Warisan, suka berlakon sesama mereka, satu pihak menghentam satu pihak lagi berlagak budiman.

Sebelum ini Darell Leiking berpendapat kerana laporan terperinci RCI gagal dikemukakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Menyebabkan ramai dari mereka aka Bajau Suluk yang berhijrah atau terlepas ke Semenanjung. Malah menurut si Darell Leiking ada diantara mereka yang berkerja dalam sektor keselamatan dan menjadi anggota Rela tapi ditangkap sebagai penjenayah.

Begitu juga dengan daftar pemilih kononnya akan dicemari oleh pengundi hantu kerana mungkin menggunakan nombor Mykad orang lain.

Berat tuduhan Warisan ni!

Pada Bajau Suluk kamu fikirlah sendiri, bukan Warisan yang memberikan kamu Mykad/Ic tapi kerajaan BN. Peliknya kenapa pula Warisan yang pandai pandai mempersoal status anda. Siapa mereka?

Kalau benar dakwaan Warisan itu ada kebenarannya dan mereka ada bukti, sewajarnya kepimpinan Warisan membuat laporan Polis, bukannya ditukar menjadi modal politik hingga sanggup mengaibkan kaum tertentu.

#BNforSabahan

One thought on “Warisan Mempertikai Status Bajau Suluk?

  1. Bajau/Suluk..adalah penduduk asal Sabah. Mereka banyak mendiami persisiran pantai khususnya Pantai Timur Sabah. Di Pantai Timur Sabah etnik asal adalah Bajau/Suluk. Tidak terdapat bangsa lain. Ada yg lari ke Selatan Filipina waktu penjajahan Jepun. Pada ketika itu Filipin sdh merdeka. Harus di ingat ekonomi Filipin pada sebelum pemerintahan Ferdinand Marcos adalah terbaik di asia. Kerana ekonomilah di kalangan suku Bajau/Suluk berhijrah ke Filipin. Sehinggalah ketika ini ada diantara mereka masih menetap di sana. Manakala apabila Filipin tdk aman spti sekarang baharulah ada di antara mereka kembali ke negeri asal mereka iaitulah Sabah atau sering mereka panggil Borneo @ Bolneo..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s