Warisan, 60 Tahun Kemerdekaan Sabah!

Apa yang tidak betul dengan kenyataan rasmi Presiden Warisan, Shafie Apdal ini, seperti diatas. Walaupun selepas beberapa minit entri berkenaan telah diedit oleh admin page Shafie Apdal Official.

Presiden Warisan, Shafie Apdal sempena sambutan kemerdekaan. Mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 tahun itu bermakna Warisan mengiktiraf kemerdekaan Sabah yang juga sama dengan Semenanjung (Malaya) pada tanggal 31hb Ogos 1957.

Sedangkan dalam Warisan menyebarkan propaganda Sabah For Sabahan atau Sabah Ubah, mereka tidak mengiktiraf tarikh 31hb Ogos 1957. Kerana Sabah merdeka pada 31hb Ogos 1963 iaitu 54 tahun yang lalu.

Dalam erti kata lain sepatutnya ucapan Presiden Warisan itu menjurus kepada kemerdekaan Sabah yang ke 54 tahun bukannya 60 tahun. Seperti yang dilakukan oleh pengikut Warisan rata rata entry mereka meraikan kemerdekaan Sabah yang ke 54 tahun. Yang mana satu betul ni?

Menunjukkan politik Warisan cakap tidak serupa bikin. Bila bercakap dengan orang kampung, kononnya Warisan memperjuangkan orang Sabah, sebab itu menolak kerjasama dengan parti parti yang berasal dari Semenanjung. Tapi bila berhadapan dengan masyarakat urban nada mereka berubah, perjuangan Warisan merentasi sempadan Sabah. Sampai tanpa mereka sedari, Warisan turut meraikan 60 tahun kemerdekaan Sabah. šŸ˜Ž

Percayalah, perjuangan yang tercetus dari perasaan kecewa amat mudah dikelirukan dan akan berakhir dengan kekecewaan.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s