Tidak lama selepas admin menerbitkan satu entri berhubung tindakan kerajan negeri Sarawak yang menghantar sekumpulan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Dimana tindakan itu ada persamaan dengan langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri Sabah.
Sebab itu jangan ada pihak seperti parti Warisan mengambil kredit dari perkembangan itu, seolah olah kerajaan negeri Sabah tidak kisah dengan perjanjian 1963 berbanding kerajaan Sarawak malah Warisan itu sendiri.
Walaubagaimanapun sebentar tadi tanpa segan dan malu, Warisan melalui Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking mengeluarkan kenyataan rasmi atau mendesak supaya kononnya kerajaan negeri Sabah mengikut jejak kerajaan Sarawak berkenaan.
Itu yang admin katakan pada entri itu, pembangkang seperti Warisan sudah kemuflisan modal. Dan terbukti!
Tapi dalam hal menjaga kebajikan masyarakat yang berada di kawasan mereka, tidak pula kepimpinan Warisan mencari jalan penyelesaian, mentang mentanglah mereka bukan kerajaan. Tapi sebaliknya hanya tahu menyalahkan BN. 😂
#BNforSabahan






















Leave a Reply