Umum tahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sedang aktif memperjuangkan hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Untuk itu beliau telah membentuk jawatankuasa bertindak yang diketuai Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang. Klik link ini Musa ajak pembangkang berbincang
Tapi tanpa sebab sebab yang munasabah Warisan pula mengikut jejak BN Sabah. Sedangkan sejak dari awal penubuhan Warisan, mereka hanya bercakap mengenai GST dan 1MDB. Walaupun pemerintah telah memberikan pencerahan yang cukup jelas.
Alsebab itulah hanya selepas beberapa bulan baru kita mendengar cerita dimana Warisan yang diwakili oleh Bendahari Agung Warisan, Yb Terence Siambun hadir di program MA63 Talk yang diketuai oleh Tuan Zainnal Ajam ia diadakan di Petagas, Kota Kinabalu.
Sebelum ini Warisan menerima banyak kritikan sekaligus desakan, dimana masyarakat politik Sabah ingin mengetahui sejauh mana Warisan mampu mengotakan janji mereka. Seperti contoh menunaikan janji royalti minyak sebanyak 20% dan sebagainya. Sedangkan dalam masa yang sama Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti pembangkang daripada Semenanjung. Klik link dibawah dibawah.
Janji janji Warisan untuk orang Sabah
Isunya apa yang diperjuangkan oleh Warisan dari konteks perjanjian 1963 sedangkan BN telah memulakannya.
Untuk membuktikan bahwa sahnya Warisan ikut ikutan ialah sebelum ini semasa Presiden Warisan menjadi pemimpin BN, beliau sendiri yang menidakkan kewujudan perjanjian 1963 atau 20 perkara.
Kalau juga bunyinya sama maka adalah lebih baik Warisan menyahut seruan Ketua Menteri Sabah agar duduk semeja memperhalusi tuntutan yang akan menguntungkan masyarakat Sabah. Tidak usahlah Warisan terlalu mempolitikkan perjanjian 1963 yang pada hakikatnya hanya memerlukan sedikit penambahbaikan. Hemmm
Sebelum ini bila BN menghapuskan sistem kabotaj, Warisan yang mendabik dada kononnya ia hasil perjuangan mereka. Nah sekarang macam mana kini Warisan meniru langkah bijak BN di dalam memartabatkan bangsa Sabah?
#BNforSabahan #UMNOBN
























Leave a Reply