Bicara Presiden Warisan Di Benoni, Papar – Tidak Memberangsangkan

Kehadiran yang tidak memberangsangkan sempena program Bicara Presiden yang diadakan di Kampung Benoni, Papar.

Dianggarkan jumlah kehadiran mencecah 2 ribu orang. Tapi teruslah para jentera Warisan tidak putus putus mengambil gambar dan memviralkannya yang bertujuan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa Warisan semakin mendapat tempat sekaligus mampu menarik perhatian masyarakat.

Mendapat tempat apa! sedangkan jumlah kehadiran itu sikit pun tidak menyamai jumlah undi pembangkang di Parlimen Papar yang berjumlah 11 ribu orang. Manakala majoriti kemenangan calon BN cukup besar sehingga 10,535 orang.

Dan kalau perkembangan ini kita jadikan ukuran semasa kekuatan parti Warisan, jelas semakin hari semakin berkurangan berbanding program jelajah Warisan sebelum ini, yang juga diadakan di Kampung Limbahau, Papar.
Tidak berniat untuk meremehkan kekuatan Warisan tapi sebaliknya sebab sehingga kini visi dan misi Warisan masih tidak tertulis jelas, yang ada hanyalah kenyataan tegas tapi kosong dari penyokong totok Warisan. Ini juga menggambarkan apa yang dibicarakan oleh kepimpinan Warisan hanyalah retorik yang bertujuan untuk memperdaya keintelektualan orang orang Sabah.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: