Janji Janji Warisan Untuk Orang Sabah?

Ramai penyokong Warisan yang berpendapat bahawa Warisan tidak akan berkerjasama dengan mana mana parti politik dari Semenanjung. Tapi dalam masa yang sama menjanjikan pembangunan dan perubahan yang luar biasa.

Antara perubahan drastik yang dijanjikan oleh penyokong Warisan seperti dibawah :-

1. Menubuhkan Kementerian Pelajaran Sabah. Bermaksud kementerian ini nanti akan berkuasa penuh keatas sistem pelajaran di negeri Sabah dan tidak lagi berkerjasama atau mengguna pakai sistem pendidikan yang sedia ada, iaitu sistem yang diperkenalkan oleh Federal. Kerana itu juga kononnya Warisan akan menubuhkan Universiti Sabah, Wow. Betulkah sedangkan Sabah masih berstatus negeri?

2. Begitu juga halnya dengan harga minyak dan perlaksanaan sistem GST. Warisan cakap mereka mampu mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Benarkah begitu? Apa pendekatannya, kalau setakat cakap semua pun orang boleh bercakap.

3. Perubahan lain yang mereka janjikan ialah menghentikan pemberian  geran berkelompok, memperkasa Yayasan Sabah, mengwujudkan kilang kilang perusahaan, meningkatkan peranan Lembaga Pelabuhan Sabah, pentadbiran negeri berorientasikan rakyat dan mengagihkan peruntukan pembangunan secara rata ke seluruh Sabah. Tidak terkecuali isu tuntutan Filipina keatas Sabah dan pemberian Mykad pada pendatang. Wow sedangkan Sabah pada masa itu masih berstatus negeri?

Hakikatnya itu semua hanyalah cakap cakap politik berbanding apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN. BN tanpa mengira bangsa, agama serta fahaman politik telah menjadikan ramai masyarakat Sabah terlibat dalam pembangunan arus perdana. Ia ditadbir dengan baik dan teratur berbanding pengurusan di negara negara jiran. Seperti contoh syarikat milik kerajaan negeri, Yayasan Sabah telah berjaya mengumpul keuntungan sehingga RM14 bilion berbentuk aset dan wang tunai lebih RM420 juta. Mahu apa lagi?

Alsebab itulah kritikan kononnya kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah, gagal mentadbir negeri Sabah. Itu hanyalah propaganda tolol semata-mata kerana Warisan sendiri belum ada kemajuan kerja yang boleh dijadikan perbandingan.

(Isunya disini bagaimana dengan para 1 dan 2 diatas adakah Warisan mampu menyediakan sistem yang lebih baik dari GST dan bagaimana pula dengan harga minyak, apa sistemnya dan apa jalan penyelesaiannya. Bagaimana pula dengan portfolio Kementerian Pelajaran.  Sedangkan Sabah masih berstatus negeri)

Pada hakikatnya apa yang mereka angankan diatas tidak akan berlaku ia hanyalah tipu muslihat atau janji politik semata-mata. Kecualilah Sabah pada waktu itu sudah mendapat autonomi atau berstatus negara. Persoalannya adakah Warisan menuntut autonomi sedangkan mereka berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung?

Kerana itu untuk kesekalian kalinya, kita mencabar kepimpinan Warisan supaya jangan mendiamkan diri. Tapi tampil dan mengesahkan bahwa tidak akan ada kerjasama Warisan dengan parti parti yang berasal dari Semenanjung dan Warisan akan menuntut autonomi daripada Federal atau kerajaan Malaysia. Supaya apa yang mereka momokkan atau kononnya perjuangkan diatas ada kelogikannya.

Sebelum ini gesaan yang sama telah kita viralkan tapi tidak mendapat peduli. Warisan Perlu Lebih Bertanggungjawab 

Mohon pada Warisan agar berterus terang, jangan biarkan penyokong Warisan tidak tentu hala.

#BNforSabahan #UMNOBN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: