​Hapus Persepsi Negatif Terhadap Masyarakat Bajau Suluk Berikutan Tragedi Tanduo – Tawfiq 

TAWAU, 8 Mei : Persepsi negatif dan sentimen perkauman mengenai masyarakat Suluk dan Bajau tempatan yang timbul selepas tragedi pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, perlu dihapuskan ke arah memantapkan perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini. 

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kesetiaan masyarakat Suluk dan Bajau tempatan terhadap Sabah dan Malaysia tidak perlu dipertikai mana-mana pihak. “Masyarakat Suluk dan Bajau tempatan telah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Jangan pertikai kesetiaan masyarakat Suluk dan Bajau dan jangan percaya mereka yang cuba menyuntik jarum perpecahan, menghasut memusuhi kaum lain hanya demi kepentingan peribadi sendiri,”katanya. 

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri  Apas berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Santai Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Bajau Suluk yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang, di sini. Menurutnya, bukan kaum yang perlu dimusuhi tetapi pihak yang secara jelas cuba memecah belahkan perpaduan dan mengelirukan rakyat dengan propaganda tidak berasas sehingga berupaya mencetuskan ketegangan kaum. “Kita perlu perangi pihak yang tidak menghormati dan mengiktiraf kewujudan sesuatu kaum malah menghasut untuk saling membenci kerana Sabah dan Malaysia ini wujud dengan keadaan masyarakat berbilang kaum,” katanya lagi. 

Dalam pada itu,  Tawfiq berkata masyarakat Suluk dan Bajau tempatan khususnya di daerah ini menyedari  bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berupaya membantu dan menyejahterakan rakyat. “Hasil pendekatan kita bertemu dengan masyarakat ini, mereka menyatakan kerajaan BN sahaja yang dapat membantu rakyat dan membawa pembangunan. Oleh itu ternyata jika ada yang menyatakan mereka ini tidak menyokong kerajaan itu adalah silap kerana kita yakin mereka ini berdiri teguh di belakang kerajaan sedia ada,” katanya lagi. 

Terdahulu Tawfiq dalam pada itu turut memuji usaha persatuan Suluk dan Bajau tempatan yang begitu aktif dan komited memelihara adat dan budaya warisan bangsa. “Usaha menyertai Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) pada setiap tahun perlu diteruskan agar adat dan budaya kaum Suluk dan Bajau tempatan ini terus terpelihara,” ujarnya. Pada majlis itu Tawfiq mengumumkan sumbangan RM10.000 bagi menaik taraf balai adat masyarakat kaum Suluk dan Bajau tempatan di daerah ini. — BERNAMA

#BNforSabahan 

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: