Portfolio Kementerian Pendidikan Sarawak?

Kenapa orang Sabah tidak kisah dengan polemik murahan terbaru pihak pembangkang. Polemik itu ialah berkaitan bidang kerja baru di Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang disandang oleh Dato Sri Michael Jawong . Kononnya kenapa kerajaan negeri Sarawak berani mengwujudkan portfolio Kementerian Pendidikan berbanding Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Hemmm

Berikutan rombongan Kabinet negeri oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg selepas berakhirnya konvensyen khas Jasamu Dikenang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Kerana masyarakat politik di negeri Sabah ini bijak bijak belaka mereka faham lagi jelas yang portfolio pendidikan yang diwujudkan oleh pentadbiran negeri Sarawak hanyalah sebahagian dari bidang kerja di Kementerian berkenaan yang bertujuan untuk menjaga hal ehwal pendidikan di negeri Sarawak atau memastikan perancangan dari Kementerian Pendidikan Malaysia berjalan dengan lancar dan bukannya agensi yang bertanggungjawab mengubah dasar atau menggubal sistem pembelajaran atau pendidikan negara atau negeri Sarawak itu sendiri. Seperti contoh mengubah peraturan lembaga peperiksaan dan yang berkaitan.

Tapi dalam masa yang sama kenapa kah jentera pembangkang tidak turut mempolitikkan portfolio Pengangkutan yang juga wujud diperingkat Federal atau Kementerian Pengangkutan yang disandang oleh Datuk Liow Tiong Lai. Kalau di Sarawak bidang atau portfolio ini disandang oleh Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing. Sebab tidak berkaitan dengan perjanjian 1963 atau draft 18 dan 20 perkara dengan itu tidak boleh di Spin? Hemmm

Nampak tak, selama ini kritikan dari pihak pembangkang hanyalah bertujuan untuk memesongkan pemahaman rakyat supaya turut membenci BN. Walhal pada hakikatnya sistem yang dipraktikkan oleh kerajaan sehingga hari ini cukup baik hingga berjaya membangunkan negara bangsa sama ada dari segi prasarana atau modal insan. Buktinya kita nampak ada dikalangan penyokong totok pembangkang yang agak berpendidikan. Tapi lupa, siapa yang telah menyediakan jalan untuk mereka. Malah pandai pandai menyalahkan sistem pendidikan yang telah menjadikan mereka orang.

Pada masyarakat, jangan kamu terikut ikut dengan keterlupaan mereka. Mereka adalah orang orang yang tidak reti di untung. Berpegang saja pada bendera BN hingga ke akhirnya. Biarkan parti parti pembangkang, terus berkerja sebagai pembangkang. Memandangkan itulah “kemahiran” mereka.

#BNforSabahan #UMNOBN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: