Kenapa PM Najib Razak Cuba Mengeruhkan Hubungan Malaysia, Indonesia? 

Admin kan tidak faham, kenapa PM Najib Razak tiba tiba bersikap sinis terhadap Presiden Indonesia, Jokowi.
Sehinggakan rakaman ucapan PM Najib Razak di perhimpunan solidariti Rohingya tempoh hari telah diangkat oleh Vloggers dari negara jiran dan telah diviral di YouTube, tujuannya untuk membangkitkan rasa marah Indonesiaan terhadap Malaysia.

Kita tahu, semasa PM Najib Razak berucap di perhimpunan Agung 2016, beliau lantang mengkritik pemerintah Myanmar yang berlaku kejam keatas Etnik Rohingya.

Tapi pemerintah Indonesia melihat kenyataan itu agak keterlaluan. Berbanding mereka yang mengambil sikap prihatin tapi biasa.

Walaubagaimanapun baru baru ini semasa PM Najib berucap di perhimpunan solidariti Rohingya. PM Najib Razak lantang membahasakan Jokowi supaya mengikut jejaknya, mengkritik pedas kerajaan Myanmar. Jangan hanya tahu bercakap pasal Ahok.

Seolah olah Presiden atau bangsa Indonesia tidak ada perikemanusiaan terhadap etnik Rohingya.

Kenapa nampak macam ada perselisihan ya. Kenapa pula PM Najib Razak mencampuri politik dalaman Indonesia?

Atau sikap ini adalah taktik halus PM Najib Razak, supaya beliau tidak lagi dikaitkan dengan bangsa Indonesia. Dimana sejak PM Najib Razak membanggakan dirinya sebagai Pahlawan Bugis dari seberang, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak berpuashati. Menyebabkan UMNO semakin ditolak.

Ini kerana pada pendapat rakyat Malaysia, adalah tidak wajar bagi seorang Ketua negara meminta pengiktirafan darjat dari rakyat luar, sedangkan rakyat Malaysialah yang menjadikan dirinya seorang Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa yang sama PM Najib Razak telah merendahkan martabat Ketua Ketua suku atau keturunan bangsawan yang sedia ada di bumi Indonesia. Ini tidak patut!

Kerana takut kehilangan sokongan keatas UMNO, PM Najib Razak cuba menggambarkan pada rakyat Malaysia. Bahwa dia tidak suka pada negara jiran Indonesia dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan di antara dua negara? Tapi yang menjadi mangsa ialah hubungan rakyat masing masing dan sudah tentu telah mengecewakan penyokong UMNO yang berasal dari Indonesia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s