Selepas tiga pemimpin PKR, MP Penampang Darell Leiking, Yb Terence Siambun ADUN Moyog yang mewakili kaum KDM dan yang terakhir pengerusi perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin yang mewakili kaum Visaya, yang juga keluar PKR dan akan menubuhkan parti tempatan Sabah tapi akhirnya akan berjuang bersama sama Datuk Shafie Apdal.
Tiba giliran Yb DUN Likas Junz Wong sebagai wakil dari kaum Cina yang juga merangkap Setiausaha Agong DAP Sabah telah mengisytiharkan dirinya keluar dari DAP dan akan menyertai parti tempatan Sabah.
Peristiwa berlaku di lokasi dan masa yang sama, di Hotel Yahoo Kota Kinabalu dimana Yb Terence Siambun dan Datuk Lajim Ukin mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR.
Ayoh bangsa Sabah secara keseluruhannya, berjuanglah bersama sama Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah. 😎
#politikbolos #sabahubah #inikalilah