Jangan Halang Gammas Berhimpun Jika Tidak Ingin Menghina Menjadi Budaya Sabahan

Infografik ini aku kutip di media sosial Facebook. Kredit siapa yang buat ini.

Kamu tengok kakitangan UITM ini, secara terbuka menghina Ketua Polis Negara yang baharu.

Dia panggil Ketua Polis Negara sebagai pencacai.

Individu ini juga sanggup menghina yang dipertuan Agong menyamakannya dengan kemaluan lelaki atau zakar. Ini rentetan pelantikan Mohd Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Perdana Menteri Anwar pun sama dia panggil zakar.

Budaya menghina orang atas menjadi budaya segelintir netizen dari Semenanjung atau kalau boleh aku katakan budaya sebahagian bangsa Melayu hari ini.

Kini di Sabah yang disokong Bugis Warisan  mulai menyusup dalam persatuan yang dipanggil “Mahasiswa UMS” dan cuba menyuburkan budaya menghina walaupun pemerintah tidak atau belum melakukan kesalahan hingga merugikan negeri dan rakyat Sabah.

Jangan tidak percaya disebalik kebobrokan yang di cetuskan “Mahasiswa” selama ini ada niat jahat yang tersirat.

Aku belum mau mendedahkannya, tunggu  saat dan ketikanya. Yang pasti aku jengkel melihat KDMR menjadi penyokong tegar Warisan dan UMNO dari konteks hari ini. Mereka bodoh menilai pergolakan walhal  kelak menjadi korban keadaan adalah mereka. Bodoh macam biawak!

Tapi dalam masa yang tidak pula membangkitkan aktiviti rasuah yang telah merugikan masyarakat marhaen, seperti  kes Mahkamah yang dihadapi Presiden Warisan, Shafie Apdal membabitkan berbilion peruntukan Kementerian KKLW. Begitu juga dengan Bung Mokhtar selaku Ketua UMNO Sabah diheret ke Mahkamah kerana skandal FELCRA dan telah pun di dapati bersalah. 

Persatuan “Mahasiswa” berkenaan diangotai segelintir Melayu bangsat dan Bugis  Warisan yang tidak sealiran dengan hari ini perjuangan anak anak Sabah atau Sabahan  yang ingin melihat Sabah lebih harmoni dan maju seperti Sarawak.

Oleh kerana itulah adalah tidak wajar penguatkuasa menghalang kumpulan Gammas mengadakan perhimpunan aman 1.0 bagi menyaingi himpunan kononnya anti rasuah 2.0 yang dijalankan “Mahasiswa” berkenaan. Jika tidak ingin melihat orang orang Sabah terpengaruh dan tidak menghormati pihak atasan dan Agong.

Sabahan Vs Warisan/UMNO. Hahahah

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading