Ini Pengarah SPRM Malaysia menjelaskan kenapa siasatan skandal Albert tidak lancar.
Sebab maklumat yang mereka terima sangat sedikit. Ini kerana si Albert dan si Jontih tidak memberikan kerjasama atau tidak menyalurkan maklumat apa adanya pada mereka.
Hakikatnya SPRM telah pun menjalankan siasatan ke atas kedua belah pihak. Pemimpin GRS yang berkenaan memberikan kerjasama penuh, sebaliknya si Jontih tidak menunjukkan bukti atau data yang mereka ada, agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan.
Maka itu adalah tidak adil menyalahkan kerajaan negeri Sabah seolah olah berlaku tadbir urus yang tidak baik
Ya benar tu, kalau kita dengar pendedahan Malaysiakini pun masih tidak jelas. Sedangkan Malaysiakini adalah pihak yang mewakili si Albert dan si Jontih.
Kalau benar si Albert dan Jontih menuntut keadilan, sepatutnya menyerahkan semua maklumat dan data yang mereka ada kepada SPRM. Tapi tidak berlaku, kenapa? sebab berkemungkinan besar maklumat itu nanti akan mengena batang hidung sendiri.
Nampak sangat video yang disebarkan oleh Malaysiakini kononnya skandal rasuah Sabah, hanyalah berniat jahat semata mata untuk memburukkan nama kerajaan negeri. Setelah hasrat si Albert ingin memiliki tanah seluas hampir sejuta ekar di Maliau Basin tidak kesampaian.






















Leave a Reply