Sambutan Pesta Kaamatan Warisan 2024 Peringkat Negeri, Hambar

Sambutan pesta Kaamatan Warisan peringkat negeri yang diadakan di Penampang bermula tadi pagi dan berlangsung sehingga jam ini, tidak mendapat sambutan atau hambar.

Sudah saya katakan ini Warisan game over sudah. Orang kalau ada semangat nasionalisme tanpa mengira bangsa atau kaum, pasti ke jerakan dan insaf sekaligus mengharamkan diri dan ahli keluarga mereka dari menyokong parti Warisan.

Janji bulan bintang pada siri pilihan raya negeri, tapi boleh dikatakan hampir tiada satu pun yang ditunaikan.

Kerajaan Warisan waktu itu hanya sibuk mengatur kerabat dan kroni, sedangkan semasa berkempen tinggal air mata darah yang tidak mengalir.

Pada pilihan raya negeri 2020, siap berbangga lagi, kata presiden Warisan dia tidak bodoh, tidak meletakkan orang orangnya dari Semporna dalam jawatan yang strategik. Tapi sebelum itu bergema Sabah Ubah disusuli Sabah Unity. Punyalah temberang.

Nah sekarang, giliran rakyat Sabah membalas, sambutan Kaamatan yang dianjurkan Warisan tidak di pandang.

Jangan tanya perkembangan perjanjian Malaysia, apa yang berjaya ditunaikan dan dapat dirasa oleh rakyat Sabah, memang haram tiadalah.

Malah royalti minyak semasa tahun kerajaan Warisan, tidak juga nampak kesannya. Rizab kewangan negeri sebelum kerajaan Warisan, tidak bertambah malah berkurang. Tapi mendabik dada kononnya berjaya membayar hutang negeri. Hutang negeri apa, memang ada tabung disediakan untuk membayar hutang persekutuan.

Lepas itu ada hati mau majukan Sabah sama seperti Singapura yang tidak ada sumber alam. Giler!

Kemajuan negeri dan peluang pekerjaan memang lagilah tiada, jangan tanya.

Janji pas kerja kepada PTI lagi lah tiada. Tapi hari ini penyokong Warisan mendakwa Shafie sudah bersedia, sikit lagi nasib kerajaan Warisan tumbang. Pas kerja jak pun tak kan takut sama KDMR pro Warisan, takut dengan bayang bayang sendiri kot. Hahaha!

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑