Shafie Yang Bagi Pinjam Duit Rakyat Sabah Kepada Syarikat Malaya, Hajiji Tidak Pernah

Pemimpin dari Semporna ni dari dulu sampai lah sekarang semakin menjadi jadi pembohong dan kelentongnya kepada rakyat.

Sebelum ini Shafie dalam Majlis sambutan Kaamatan di Penampang yang hambar.

Telah membuat kenyataan politik, seolah olah kerajaan GRS yang memberi pinjaman kepada syarikat di Selangor dan Johor. Hakikatnya kenyataan itu hanyalah satu lagi manipulasi fakta dari seorang Shafie yang terdesak dan tidak bertanggungjawab. Sama dengan badut Warisan menggunakan taktik politik jahat dan kotor.

Kalau rakyat Sabah tanya Shafie begini, bagaimana.

Sewaktu dia menjadi Ketua Menteri kerajaan Warisan, berapa SDB bagi loan kepada syarikat dari Malaya dan berapa SDB bagi sewaktu kerajaan GRS? pasti merah mukanya kerana kantoi membohong.

Semua orang tahu musim kerajaan Warisan, SDB telah memberi loan atau pinjaman sebanyak RM300 juta kepada AirAsia dengan single bullet drawdown, pada sebelum atau sebaik pilihan raya negeri tahun 2020.

Sedangkan waktu itu baru saja sekatan akibat Covid 19 berakhir dimana rakyat Sabah lebih memerlukan bantuan, berbanding AirAsia satu syarikat bilionair dari Malaya.

Hal ini telah menjadi pertikaian dikalangan rakyat Sabah, hingga si Junz Wong terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjustifikasi kebodohan mereka. Seperti link dibawah,

Junz Buat Justifikasi Skema Lulus RM300J Pada AirAsia

Oleh kerana itu Ketua Menteri, Datuk Hajiji telah mengarahkan pihak audit agar menjalankan siasatan berkaitan RM300 juta berkenaan. Seperti link dibawah, 

Ketua Menteri Hajiji Arah SDB Disiasat

Sebaliknya, sepanjang Datuk Hajiji menjadi Ketua Menteri Sabah tiada satu pun loan  diberikan oleh SDB kepada syarikat syarikat dari Malaya.

Ironinya loan yang diberikan oleh Shafie kepada AirAsia sebanyak RM300 juta itu telah merugikan kerajaan negeri atau rakyat Sabah, ini kerana perkhidmatan kargo udara yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. Sudahlah begitu bayaran balik AirAsia tidak lancar.

Sebab itu Tony Fernandes selaku pemilik AirAsia telah bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Hajiji bagi mencari jalan penyelesaian sekaligus mengikat MoU baharu. Seperti link dibawah,

AirAsia Cari Jalan Keluar Bagi Menyelesaikan Hutang Masa Kerajaan Warisan

Presiden Warisan, cukup cukuplah tu, majoriti rakyat Sabah telah insaf tidak akan lagi menyokong kamu dan parti Warisan. Terimalah hakikat kau secara peribadi gagal sebagai pemimpin baik di era UMNO mahupun hari ini sebagai Presiden parti Warisan. Kalau kamu ok tidaklah kerajaan Warisan tumbang pada pilihan raya negeri 2020 dan parti Warisan hanya memenangi tiga kerusi parlimen pada pilihan raya umum 2022.

Tutup kedai saja parti Warisan dan pergi balik kampung tanam jagung atau agar agar.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading