
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima Anugerah Felo Kehormat Institution of Engineers Malaysia (IEM Honorary Fellow Award) daripada Timbalan President IEM, Ir. Yau Chau Fong pada Majlis Makan Malam ke-46 IEM Cawangan Sabah di The Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu pada Sabtu.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada program
pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, terutama kemudahan asas yang
kritikal iaitu bekalan air dan elektrik yang amat diperlukan di negeri ini, kata Ketua
Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, usaha ini bukan sahaja sebagai pemangkin untuk memperkukuhkan ekonomi
negeri, juga memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat pada tahap yang lebih
selesa.
Beliau berkata, kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri dibuktikan melalui
penyediaan peruntukan terbesar dalam Belanjawan Negeri 2024 iaitu sebanyak RM2.63
bilion, dengan RM1.72 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya Sabah dan
jabatan di bawahnya.
Menurutnya, kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat Sabah terhadap masalah
kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, jambatan, cerun,
perparitan, perkhidmatan pembetungan, kereta api, pelabuhan dan dermaga,
pengurusan trafik, bangunan kerajaan dan lain-lain.
“Justeru, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan jurutera amat penting dalam
memastikan setiap pembangunan yang dirancang di negeri ini dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya, memenuhi piawaian yang diperlukan sekali gus dapat memacu
pertumbuhan ekonomi di Sabah”.
“Ini juga seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri yang berusaha memperkasa
rangkaian jalan raya dan komited untuk menyempurnakan Projek Lebuh Raya Pan
Borneo di negeri ini”, katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan kali ke-46 Institusi
Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah di Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort
pada Sabtu.
Hajiji berkata, profesion jurutera telah memberikan sumbangan signifikan kepada
pembangunan negara termasuk di Sabah. Peranan yang dimainkan bukan hanya
membantu memacu ekonomi, juga meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini.
Menurutnya, usaha kerajaan negeri dalam memastikan Pelan Pembangunan Hala Tuju
Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat direalisasikan dan dinikmati oleh semua rakyat Sabah
amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk para jurutera






















Leave a Reply