Hajiji Terima Kunjungan Hormat Penasihat Komunitas Puisi Esai ASEAN, Denny JA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Penggagas Puisi Esai dan Penasihat Komunitas Puisi Esai
ASEAN, Encik Denny JA di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Isnin.

Denny JA merupakan Pendiri Lembaga Survei Indonesia dan Konsultan Politik
Indonesia. Beliau terkenal menulis puisi esai melalui bukunya “Atas Nama Cinta”, kini
sudah menerbitkan lebih dari 100 buku puisi di Indonesia dan Asia Tenggara
berdasarkan genre baru puisi esai.

Mengiringi Denny JA ialah Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Datuk Jasni Matlani yang juga Presiden Badan Bahasa Sabah, Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Puan Aminah Awang Besar.

Menurut Denny JA, kunjungan hormat itu bagi mengucapkan terima kasih kepada Hajiji
dan Kerajaan Negeri kerana membantu melaksanakan program Festival Puisi Esei
sejak beberapa tahun lalu.

“Kami juga mengundang Ketua Menteri untuk melancarkan perasmian Festival Puisi
Esei di Kota Kinabalu pada 7 Jun 2024”, kata Jasni.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan
Komuniti Bugis Sabah (PKBS) diketuai oleh Presidennya, Prof Dr. Hajah Arsiah Haji
Bahron.

Beliau diberi taklimat program dan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh
persatuan itu.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑