3 ADUN Warisan Keluar Parti dan Sokong Kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor

Sebentar tadi tiga Adun dari parti Warisan mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Adun berkenaan terdiri dari DUN Banggi Mohammad Mohamarin,
DUN Tanjong Kapor Ben Chong dan DUN Kunak Norazlinah Arif.

Sejujurnya mereka telah mengambil tindakan yang tepat dan wajar memandangkan hari ini Sabah amat menuntut kesepaduan dikalangan pemimpin pemimpin Sabah itu sendiri yang selama ini sengaja dipecahkan. Menyebabkan Sabah ketinggalan dalam banyak aspek pembangunan.

Apa lagi selama ini mereka diketuai oleh Presiden Warisan yang sebenarnya gagal sebagai pemimpin. Lihat saja masyarakat di Parlimennya masih ramai yang ketinggalan dan tidak terbela dalam banyak aspek, melainkan kroni dan kerabat mereka. Semporna tu hanya nampak sebuah pekan yang progresif bila Sabah di perintah oleh GRS.

Adun Tanjung Batu Tidak Sokong Bung Fokus Soal Negeri dan Rakyat

Nah okey  sudah tu kiranya kerajaan GRS atau GR semakin kukuh bilamana Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Adun Tanjung Batu,  Andy Muhammad menyatakan sokongannya kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor demi katanya pembangunan negeri dan membantu rakyat. Kira okey lah itu.

Dalam erti kata lain beliau tidak menyokong kepimpinan Ketua UMNO Bung Mokhtar Radin yang gila kuasa dan tamak sampaikan sanggup merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Hajiji Noor, sedangkan rakyat Sabah baru saja berhadapan dengan halangan PKP yang telah menjejaskan perekonomian mereka. Ayam mati betul lah!

Ertinya ahli Parlimen Kalabakan ini bakal terkecuali atau terkeluar dari senarai pemimpin-pemimpin  Sabah yang tiada guna. Golongan yang saya akan kritik kaw kaw bila ada isu membabitkan UMNO dan perkara yang mereka lakukan.

Harap dia terus mengeluarkan diri dari golongan UMNO. Parti yang sikit hari lagi akan di hukum haram oleh Sabahan.

Andy berjawatan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.

Ok lah lebih baik ikut fokus bersama pemimpin pemimpin GRS yang lain demi kemajuan dan Kesejahteraan negeri dan rakyat Sabah.

Pokoknya pemimpin pemimpin Sabah harus cerdik seperti ini supaya bermanfaat kepada rakyat Sabah, jangan asyik asyik dilibatkan dengan kemelut politik.

Jangan lagi heret masyarakat Sabah ke dunia politik UMNO yang bertujuan hanya untuk menyelamatkan pemimpin pemimpin UMNO yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.

Kalau diperkirakan secara jujur, parti UMNO bukannya milik orang perseorangan pun. Jawatan Presiden UMNO atau Ketua UMNO Sabah yang disandang Zahid dan Bung pun, bukannya di dapat secara demokrasi atau benar benar atas kehendak ahli UMNO, tapi semua pun tahu Zahid Hamidi telah merasuah pengundi supaya memilihnya sebagai Presiden parti. Begitu juga dengan Ketua UMNO Sabah bukannya dipilih secara demokrasi tapi atas kehendak Presiden UMNO semata mata yang mengamalkan politik wang tadi.

Bersatu Tenom Umum Keluar Parti dan Sertai GR/GRS

Ketua Bersatu Bahagian Tenom yang juga Adun Kemabong Rubin Balang menyatakan sokongannya terhadap kerajaan negeri GRS yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Menurut sumber keputusan menyokong kepimpinan GRS Sabah atau Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diketuai oleh ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dibuat setelah mereka mengadakan beberapa siri pertemuan kali, terakhir pada Selasa yang lalu bagi mengadakan perbincangan atau hala tuju perjuangan mereka.

Itu bererti mereka akan meninggalkan Parti Bersatu (PPBM) atau Perikatan Nasional dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GR)

GRS kini mempunyai lima parti gabungan yang terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Selepas ini kamu UMNO dan Warisan mari kita baku hentam politik. Hahaha!

Bekas Ahli Bersatu dan GRS Serta Rakyat Sabah Dipelawa Untuk Menyertai GR

Bekas ahli Bersatu di Sabah, GRS dan rakyat Sahah secara keseluruhannya dipelawa untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat (GR).

Saranan itu dibuat oleh Setiausaha Agong GRS Datuk Masidi Manjun.

Bukan hanya pada ahli Bersatu yang telah pun meninggalkan parti tapi juga kepada ahli atau penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut dipelawa untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat (GR).

Oleh itu permohonan terpaksa mereka buat dan GR sentiasa terbuka untuk mereka.

Namun demikian kepada mereka yang ingin kekal bersama parti asal, itu hak mereka. Tapi GR akan terus merekrot tenaga baharu bagi memperkasa dan menjayakan agenda rakyat Sabah melalui GR.

Peluang keemasan untuk rakyat Sabah pula ni, dimana masa depan dan idealogi politik boleh sudah dicipta berlandaskan naluri rakyat Sabah selepas berdekad hanya menjadi pemimpin dan penyokong kepada parti parti dari Malaya, dari belakang pula tu.

Bukan pula seperti Warisan, kononnya bertapak dan memperjuangkan hak hak Sabah tapi bertanding di Malaya. Macam mana tu!

PGRS adalah parti yang benar benar berasaskan inspirasi rakyat Sabah. Ini kerana bukan hanya perjuangan PGRS itu sendiri tapi juga orang orang yang mendokongnya baik sebagai pemimpin mahupun sebagai setiausaha sulit yang tidak kelihatan. Kalau Warisan, apa yang kita nampak pemimpin dan AJKnya macam benar terdiri dari orang orang Sabah itupun masih ada dikalangan mereka yang boleh dipertikaikan.

Setiausaha sulit dan peribadi Shafie itu bukannya orang Sabah pun sebaliknya orang Malaya yang dia bawa dari Kementerian KKLW atau UMNO.

Berbeza dengan PGRS (GR) dari pemimpin utamanya hingga ke setiausaha yang tidak tercatat dalam parti semuanya tulen orang Sabah. Dari sini kita sudah nampak kesungguhan parti ini ingin memartabatkan rakyat dan negeri Sabah.

UMNO lagilah kalau dikatakan ikan memburuk dari kepala ia adalah benar. Hari ini bukan lagi buruk satu badan tapi telah memalitkan sesiapa yang bekerjasama dengan mereka. PH seperti contoh menunggu sedikit kesilapan maka PH akan ditolak oleh pengundi. Bila mana bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan dan Presiden UMNO Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Macam sial bukan, bukan hanya kerana UMNO itu yang membawa keburukan tapi UMNO hanya mendapat 26 kerusi Parlimen dalam pilihan raya ke 15 baru baru ini, tapi boleh menjadi sebahagian dari kerajaan.

Zahid Hamidi dan Bung Mokhtar mereka sehingga hari ini masih dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah.

Nah tunggu apa lagi pergilah sertai GR yang menuntut anak muda memandangkan penubuhan GR diperingkat daerah tidak berdasarkan kedudukan Parlimen tapi Adun, itu bermakna peluang untuk berpolitik kini terbuka luas. Satu daerah tidak lagi hanya ada satu Ketua Bahagian tapi bergantung kepada bilangan DUN yang ada.

Dalam pada itu Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menjelaskan beliau adalah ketua GR dan selepas ini tidak timbul sudah kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah memandangkan beliau adalah kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (GR).

Admin, kamu buang bha UMNO dan Warisan dari bumi Sabah ini. Jangan lagi gadaikan maruah dan harga diri anda pada mereka memandangkan dua parti ini telah pun teruji gagal mengurus negeri dan rakyat Sabah.

UMNO dan Warisan benar telah merosakkan keharmonian dan struktur rakyat Sabah. GR juga yang menjadi penyelamat selepas kerosakan yang mereka lakukan, GR terdiri dari pemimpin pemimpin yang sanggup berkorban demi kebaikan rakyat Sabah, walaupun dikeji dihina tetapi itu bukannya batu penghalang. Mari kita bina hidup baru yang lebih teratur dan cemerlang bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (GR)

Nizam Titingan Angkat Sumpah Sebagai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Apas YB Datuk Hj Nizam Hj Abu Bakar Titingan di Majlis Upacara Angkat Sumpah Pembantu Menteri Kabinet Sabah di hadapan TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Mahiruddin di Dewan Kunjungan Utama Istana Seri Kinabalu pagi ini.

Kerajaan GRS Sabah Tolak Akta Laut 2012 – KM Hajiji

Kerajaan negeri GRS menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang mengehadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika (5.5 kilometer) sahaja dari pantai, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pendirian kerajaan negeri GRS dinyatakan pada mesyuarat majlis tindakan pelaksanaan perjanjian Malaysia 1963 yang berlangsung di Kuching pada Jumaat semalam.

Akta Laut 2012 dilihat menghalang keupayaan Sabah untuk mengeluarkan undang-undang sendiri ke atas perkara yang melawati tiga batu nautika dari pantai negeri Sabah.

Ini akan menghalang keupayaan negeri dalam isu berkaitan cukai jualan negeri Sabah terutamanya melibatkan produk petroleum dan kuasa pihak berkuasa Sabah dalam isu imigresen.

“Sabah berpendapat bahawa sempadan lautnya hendaklah melebihi 200 batu nautika mengikut Perintah Borneo Utara (Perubahan Sempadan) dalam Majlis 1954,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Pada 23 September 2021, Hajiji pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, berkata, pendirian kerajaan Sabah ialah hak sempadan negeri hendaklah seperti dinyatakan mengikut Perintah Borneo Utara (Perubahan Sempadan) dalam Majlis 1954 yang meliputi pentas benua.

Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di bangunan DUN Sarawak, pada Jumaat, pengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof, Hajiji, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.