
Tersebar penafian daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman, berhubung Geng Upik.
Azis menafikan mempunyai hubungan dengan Upik dan kumpulannya. Beliau turut menyatakan bahawa dirinya tidak pernah disiasat oleh polis berhubung dengan kes Upik atau kegiatan pengedaran syabu.
Dalam kenyataan itu, Azis menggesa Tan Sri Ayob Khan supaya mendedahkan nama penuh pemimpin politik yang dimaksudkan.
Ini jawapan saya terhadap perkara tersebut. Tiga penegasan di atas hanyalah alasan semata-mata yang tidak dapat membuktikan atau mempertahankan dirinya.
Mengapa saya berpendapat demikian? Hal ini kerana Tan Sri Ayob Khan, ketika mendedahkan proses penangkapan Upik, sejak awal menyatakan bahawa terdapat empat syarat yang wajib dipenuhi sebelum seseorang seperti Upik boleh ditangkap dan didakwa, iaitu possession (pemilikan), control (kawalan), custody (jagaan) dan knowledge (pengetahuan).
Syarat ketat itu perlu dipenuhi walaupun terhadap kartel dadah yang namanya sudah masyhur di seluruh negara. Apatah lagi terhadap orang biasa atau bekas Timbalan Menteri KDN yang terbuka berjumpa dengan sesiapa sahaja.
Kesimpulannya, penafian Azis Jamman tersebut tidak membuktikan apa-apa dan tidak mampu membela dirinya.
Boleh sebenarnya aku sahut cabaran si Aziz berkenaan. Aku boleh gambarkan yang si Azis dan Geng Upik ada kontrak sosial tersendiri. Ia berdasarkan beberapa artikel, kenyataan dan foto yang tersebar di media sosial sebelum ini.
Namun begitu masih dalam konteks politik dan persepsi. Tapi bukankah 80 peratus perkara yang memenuhi ruang politik adalah persepsi?
Tapi tidak usahlah ada juga video dari negara jiran Indonesia yang menghubung kaitkan Geng Upik dan beberapa pemimpin Warisan.
Kali ini, aku ingin bertanya: Bagaimana dengan video dari negara jiran yang menyebut nama Azis Jamman dan Jasmim, lalu dikaitkan secara khusus dengan Geng Upik? Sudahkah Azis membuat laporan polis?
Atau sudahkah Azis Jamman membuat laporan polis terhadap Tan Sri Ayob Khan setelah mencetuskan persepsi dan tampak menunjuk pada dirinya?
BERUNTUNGLAH KAMU WAHAI RAKYAT SABAH, KITA HARI INI DITADBIR OLEH KETUA MENTERI DATUK HAJIJI NOOR YANG AMAT KISAH DENGAN NASIB MASYARAKAT AGAR TERHINDAR DARI GEJALA DADAH.





















Leave a Reply