Sebelum ini aku ada menerbitkan dua artikel berkaitan sikap si Jontih semasa mengetuai SMM yang tidak disenangi oleh bawahannya dan mahkamah menolak saman fitnah Albert ke atas SMM.
Ex Ceo SMM Berkonspirasi Dengan Albert Tei Tipu Bod – Kakitangan SMM
Mahkamah Tolak Saman Fitnah Albert Tei Terhadap SMM – Tiada Lokal Standi
Ingat si Albert Tie itu perasuah dan ada kes jenayah, jadi tidak mungkin Mahkamah mempercayainya. Budak tadika pun tahu bagaimana taiko Cina berniaga. Sekarang membayar kamu RM100 ribu setiap seorang. Pui!
Orang kata, si Albert ini menjadi alasan kenapa Cina Sabah menyokong atau mengundi calon Warisan pada pilihan raya negeri ke 17 baru ini. Alasan yang tidak masuk akal. Pui!
Mahkamah Tinggi memutuskan kedua-duanya dengan sengaja melanggar syarat jelas dalam perintah ex parte dan perintah ad interim yang dikeluarkan mahkamah.

Sabah Mineral Management Sdn Bhd menyaman Jontih Enggihon dan Albert Tei pada Januari 2025 atas dakwaan penipuan, pelanggaran kewajipan fidusiari, manipulasi dokumen rasmi dan konspirasi untuk memudaratkan syarikat.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mendenda ahli perniagaan Albert Tei dan bekas CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), Jontih Enggihon, masing-masing RM100,000 kerana menghina mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Ratanah Devi Yusof Perumal memutuskan kedua-duanya dengan sengaja melanggar syarat jelas yang terkandung dalam perintah ex parte dan perintah ad interim dikeluarkan mahkamah.
“Walaupun syarat dalam perintah ex parte dan ad interim itu jelas, saya mendapati terdapat pelanggaran nyata terhadap kedua-dua perintah mahkamah berkenaan,” katanya dalam penghakiman pada 18 Sept.
Mahkamah memerintahkan mereka membayar denda RM100,000 itu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman, atau berdepan hukuman penjara 21 hari jika gagal berbuat demikian.
SMM diwakili Roger Chin, manakala Jontih dan Tei masing-masing diwakili Jul Hamri Jumhani dan Chong Kian Ming.
SMM menyaman Jontih dan Tei pada Januari 2025 atas dakwaan penipuan, pelanggaran kewajipan fidusiari, manipulasi dokumen rasmi serta konspirasi untuk memudaratkan syarikat.
Tei juga sedang dibicarakan atas beberapa pertuduhan rasuah membabitkan dua bekas Adun serta seorang bekas setiausaha politik kanan kepada perdana menteri.
Pada Ogos tahun lalu, Tei pula menyaman SMM kerana didakwa mengaitkannya secara palsu dengan konspirasi untuk menjejaskan reputasi syarikat serta CEO semasanya, selain dakwaan manipulasi dokumen.
Bagaimanapun, pada 28 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menolak saman fitnah Tei selepas memutuskan ahli perniagaan kontroversi itu gagal membuktikan unsur fitnah dalam tuntutannya.
Sumber FMT





















Leave a Reply