
Sebelum ini aku ada menulis pasal kemungkinan Najib Razak akan keluarkan dari penjara Kajang dan menjalani baki hukuman penjara 1 tahun 11 bulan di rumahnya.
Kemungkinan rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Najib Razak di penjara kerana disabitkan bersalah pada 28 Julai 2020 dalam kes SRC International, melibatkan dana RM42 juta. Hakim menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.
Aku berpendapat dalam artikel itu, boleh boleh saja Najib menjalani hukuman penjara di rumahnya. Sebab selama ini pun ramai orang biasa yang menjalani hukuman penjara diluar penjara setelah parolnya diluluskan.
Parol bermaksud pembebasan awal dan di tahan diluar penjara dibawah pengawasan. Banduan yang berkelakuan baik semasa menjalani hukuman penjara, mereka layak memohon parol.
Justeru tidak timbul persoalan kenapa Najib menjalani hukuman penjara di rumah.
Hari ini pada 18 September Yang Dipertuan Agong melalui Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkenan baki hukuman penjara Najib Razak dijalankan di rumah. Dengan syarat denda RM50 juta dibayar.
Keputusan Agong, sudah muktamad dan tidak boleh lagi dikritik.
Mengkritiknya mungkin boleh tetapi dari konteks UMNO dan penyokong mereka, yakni soal moral.
Maksud aku, jika selepas ini ada penyokong UMNO yang berpendapat Najib masih boleh diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Itu menunjukkan moral mereka sudah sangat rosak, jangan lagi berikan sokongan. Tidak pasal ikut kamu hina dunia akhirat tu.
Hampir dapat dipastikan rentetan hukuman terbaru Najib, masa depan UMNO di Sabah semakin gelap.
Lebih baik biarkan Najib Razak hidup bebas bersama keluarganya tanpa politik dan yang paling penting nasihatkan supaya bertaubat banyak banyak.
Ada baiknya selepas ini kepada para hakim, jika menjatuhkan hukuman ke atas orang biasa, jangan hanya merujuk pada undang-undang tapi gunakan juga pertimbangan akal dan emosi logik. Biar hukumannya benar benar setimpal.






















Leave a Reply