Anthony Loke Letak Jawatan, Yusof Apdal Bila Lagi?

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke hari ini mengumumkan meletakkan  jawatan Menteri.

Rentetan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara 1 tahun 11 bulan di rumah peribadinya. Sebelum ini Najib menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, Selangor.

Tidak hairan jika ada dikalangan pemimpin DAP mengambil keputusan seperti itu. Sebab kita maklum, antara faktor kemenangan PH atau DAP pada pilihan raya umum 2018 ialah skandal yang dihadapi Najib Razak yakni 1MDB dan SRC.

Begitu juga parti Warisan, antara faktor yang menyebabkan Shafie Apdal dibuang dari UMNO setelah mengkritik 1MDB atau Najib Razak. Skandal 1MDB juga menjadi modal utama Warisan menghadapi pilihan raya umum 2018.

Aku boleh katakan skandal Najib Razak yang dimainkan seawal Warisan menyebabkan Warisan mudah bertapak di Sabah.

Shafie setelah dibuang dari UMNO, dia berceramah di merata tempat di Sabah dan dia juga membangkitkan skandal 1MDB.

Ertinya bukan hanya PH yang bermodalkan skandal Najib Razak tapi juga parti Warisan.

Justeru, adakah Ahli Parlimen Lahad Datu, Yusof Apdal berani mengikut jejak Anthony Loke meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)? bagi membuktikan kritikan pemimpin Warisan ke atas skandal 1MDB/SRC selama ini benar untuk kebaikan bukan lakonan politik semata mata.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading