
Dua kali dalam majlis yang sama, bukan kebetulan tapi hadir atas jemputan.
Ini kali kedua dan kiranya sahlah STAR dan Warisan bekerjasama. Boleh sudah STAR disenarai hitamkan sebagai musuh politik parti parti pemerintah.
Dari pandang lihat pemerintah, STAR ibarat melepaskan anjing yang tersepit atau kepimpinan yang tidak reti di untung dan sememangnya lembab.
Warisan pula, tuduhan dan kejian mereka selama ini ke atas pemimpin dan penyokong STAR begitu pula sebaliknya. Ternyata benar dan kini bukan lagi dijilat dan terus ditelan. Sikap yang memalukan pihak STAR dan Warisan.
Tiada lagi harga diri bangsa STAR yang selama ini di agung agungkan, seolah olah hanya mereka yang layak di tinggal tanah Sabah. Sentimen ini telah menambah sokongan atau paling tidak mengekalkan sokongan yang sedia ada.
Penyokong Warisan yang dikeji dihina oleh penyokong STAR hari ini tersenyum sinis. Mana harga diri penyokong STAR?
Alsebab itulah pada pilihan raya negeri ke 17, STAR meninggalkan GRS dan tidak bekerjasama dengan mana mana parti termasuk Warisan.
Tapi sekarang apa apa cerita?
Aku sudah kata bahwa politik memang dinamik tapi masing masing penyokong Warisan dan STAR berlagak lebih dari Presiden parti mereka. Syok tahu ternyata tin kosong.
Bukan lagi rahsia, bila kelibat Jeffrey Kitingan dan Shafie Apdal kelihatan di majlis yang dipanggil Public Forum on MA63, Batu Sumpah, Constitutional Rights & Sabah’s Future yang berlangsung di Kg. Samalang, Keningau.
Menurut Shafie dia hadir setelah dijemput oleh Jeffrey Kitingan.
Ini bukan kali pertama mereka ada di majlis yang sama.
Sebelum ini di majlis sambutan krismas yang di adakan di daerah Keningau. Menurut Shafie kehadirannya juga kerana di jemput oleh Jeffrey Kitingan.
Kedua yang inilah, sama sama hadir Majlis Politik yang STAR anjurkan.






















Leave a Reply