Sangat Jarang Artis Steady Dan Cerdik Contohnya Stacy Tidak Usul Periksa

Stacy lahir di Tuavon, Penampang, bererti orang Penampang lah tu kan.

Sebut saja Penampang, maka gambaran yang kita akan dapat di sana pembangkangnya spoken atau gian membuat kenyataan yang tidak ada usul periksa.

Justeru itu mengundang stigma. Pembangkangnya sombong, bangga diri, tin kosong dan tidak boleh di urus.

Sebab itulah di Malaysia antara daerah yang paling kerap bertukar wakil rakyat ialah Penampang.

Aku tidak pasti adakah kritikan Stacy di media sosial itu setelah melihat Sabah secara keseluruhannya atau hanya diperingkat Penampang atau kampung Tuavon.

Jika begitu, timbul pernyataannya. Adakah semasa kerajaan Warisan dan Parlimen Penampang serta Adun Moyog diwakili parti Warisan.

Keadaan jalan raya di seluruh Penampang ketika itu baik? tidak juga rasa teruk lagi ada. Adakah gangguan letrik diseluruh Penampamg tidak berlaku? ada dan sering juga berlaku Adakah daerah Penampang tidak lagi dilanda banjir? hampir setiap tahun mengalami banjir malah kalau tidak silap lebih teruk semasa kerajaan Warisan.

Namun tiada inisiatif memulihkan gangguan letrik, air dan jalan raya yang dijalankan oleh kerajaan negeri Warisan dan Ahli Parlimen Penampang

Kenapa waktu itu si Stacy tidak bersuara? adakah Stacy penyokong Warisan?

Keadaan kampung Tuavon semasa kerajaan Warisan aku boleh katakan dalam kategori naif malah belum di gejetkan. Kenapa tidak bersuara?

Jika tujuan entri si Stacy di Thread berniat jahat. Maka aku ingin bagi tahu.

Siapa juga kau mengkritik tanpa usul periksa. Ramai lagi diluar sana yang terkesan dan mereka hidup tanpa sokongan artis. Tetapi memahami langkah langkah yang sedang diambil oleh kerajaan negeri Sabah. Mereka sedar keadaan prasarana hari ini jauh lebih baik dari kerajaan Warisan.

Sedangkan kau tanpa sokongan kerajaan dan rakyat marhaen yang membuka peluang dan menjadi peminat, apa cara kau boleh hidup senang macam sekarang?

Hakikatnya aku sedar dan tahu pihak pembangkang telah memanipulasi entri awal si Stacy. Tetapi aku sebagai rakyat biasa juga berhak mengkritik balas siapapun termasuk artis. Hahaha!

Kredit siapa yang buat infografik ini.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading