Hasil Sabah 40% Bukan Ihsan Tapi Hak Dan Perlu Disegerakan – Nizam

Aku amat bersetuju dengan pernyataan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam bahwa 40% hasil Sabah bukan ehsan tetapi hak dan perkara yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan setelah pembentukan Malaysia atau Perjanjian Malaysia 1963 dimeterai. Oleh itu tuntutan 40% perlu disegerkan.

Hasil Sabah 40% di catatkan dalam perjanjian Malaysia 1963 di Perenggan 24(8) Laporan IGC, yang menyatakan dengan jelas bahawa Sabah hendaklah menerima 40% daripada peningkatan hasil Persekutuan yang diperoleh dari North Borneo atau Sabah.

Hari ini perenggan berkenaan dikenali sebagai Perkara 112C.

Pendirian Datuk Hajiji dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) baru-baru ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan hak Sabah bukan sekadar dibincangkan, tetapi diterjemahkan kepada penyelesaian nyata yang memberi manfaat kepada rakyat.

Justeru bayaran interim yang dijangka meningkat sehingga RM1.5 bilion tahun datang, tidak menutup tuntutan 40% Sabah selagi tidak dimuktamadkan.

Begitu pernyataan Datuk Nizam susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang berlangsung pada 11 September di SICC, Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Datuk Nizam berkata, pendekatan Datuk Hajiji selama ini jelas dan tegas mempertahankan hak Sabah, namun pada masa sama memilih jalan rundingan, kerjasama serta hubungan kerajaan dengan kerajaan bagi menghasilkan penyelesaian konkrit.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑