Mawar Chanel Terpaksa Kutip Tajuk Berita Untuk Tutup Kegagalan Shafie Apdal – 40% Hasil Sabah

Inilah apa yang dipanggil terdesak, menegakkan benang basah atau tiada akar rotan pun jadilah.

Begitu cara macai Warisan berpolitik walaupun berkali kali kantoi membohong dan kalah setiap pilihan raya negeri Sabah.

Mereka mana pandai malu. Sebab itu jangan pernah mempercayai kenyataan dari mereka, nanti kamu turut dianggap muka tembok.

Dua tahun Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah sepatutnya telah melalui beberapa siri mesyuarat berkaitan 40% hasil Sabah, agar kalaupun kerajaan Warisan tumbang boleh kerajaan baharu meneruskan usaha mereka. Tapi sayang, begitulah kalau tidak ikhlas memperjuangkan hak hak Sabah. Wayang saja banyak!

Kerajaan Warisan dari tahun 2019 hingga 2020 masih menerima pemberian khas RM26.7 juta yang diwarisi sejak 1970. Ertinya setahun lebih kerajaan Warisan tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan hak hak Sabah.

Sedangkan Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir orang yang sama sama berjuang menumbangkan kerajaan UMNO. Maka mengikut logk akal ia satu kelebihan bagi kerajaan Warisan mengemukkkan 40% hasil Sabah sekaligus dimuktamadkan. Tapi KOSONG!

Kamu nampak kah, betapa lemahnya kepimpinan Warisan, cakap berkobar kobar tapi praktikalnya lemah.

Berbanding kerajaan GRS, tahun pertama sebagai kerajaan negeri Sabah sudah berjaya menambah nilai interim dari hanya RM26.7 juta menjadi RM125.6 juta dan seterusnya RM300 juta (2023–2024), RM600 juta (2025–2026), dan kemudiannya RM1.5 bilion.

Perlu dimaklumi ahh, semua Perdana Menteri era kerajaan GRS bukan dari kumpulan yang sama. Maksud aku Perdana Menteri dari pihak musuh tapi kerana kepimpinan GRS cerdik mengatur strategi, sampaikan Perdana Menteri Anwar terpaksa mengadakan Mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 di Sabah.

Jad alasan penyokong Warisan, tidak sempat menuntut 40% hasil Sabah sebab hanya bertahan dua tahun setengah. Hanyalah alasan semata mata, bagi menutup kegagalan kerajaan Warisan, terutama berkaitan 40% hasil Sabah.

Sekarang macai Warisan mengutip tajuk berita untuk diputar belit. Macam sekarang lah!

Leave a Reply

Proudly powered by WordPress | Theme: Baskerville 2 by Anders Noren.

Up ↑