
Kalau setakat melontarkan cadangan itupun mengambil masa berhari hari difikirkan dan disebarkan sebagai idea.
Bagus Adun Sri Tanjong berihat dan jangan lagi bercita cita Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah.
Mustahil kita mendahului pengetahuan Tuhan.
Tapi apa yang berlaku sebelum pilihan raya negeri ke 17, banyak isu, propaganda dan idea dari pihak Warisan, termasuk sentimen agama dan bangsa. Tapi tidak mampu memenangkan Warisan dan sehingga hari ini kekal sebagai pembangkang.
Rakyat sudah muak dengan sikap kepimpinan Warisan. Cakap berdegar degar seolah olah sangat prihatin, sedangkan ia sikap ketika tidak berkuasa. Ketika berkuasa hanya mementingkan kroni dan menangguhkan projek mega hanya kerana projek itu dari kerajaan sebelum Warisan dan kontraktor pelaksana bukan dari kroni Shafie Apdal atau Warisan.
Seperti juga yang berlaku pada projek jalan raya Pan Borneo, kontrak tertangguh dua tahun lebih, gara gara rangka menukar syarikat pelaksana menjadi syarikat kroni kerajaan Warisan. Itupun tidak sempat apa bila kerajaan Warisan tumbang.
Banjir besar melanda Tawau baru baru ini, apa jalan penyelesaian Adun Sri Tanjung? tiada dan berharap pada kerajaan negeri tapi gaji setiap bulan masuk poket. Paling pun beli air mineral dan bergambar di lokasi bencana. Membuat Bugis Warisan dan Cina Warisan mengalirkan air mata. Rendahnya moral politk mereka.
Tadi aku terbaca Adun Sri Tanjung mencadangkan pada kerajaan bagaimana lari dari gangguan air.
Berihat lah kau sana, idea kebanyakan kok itu. Idea budak food panda kok itu, malah lebih cerdik sebenarnya.
Semua orang tahu, baru saja Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor merasmikan pembinaan empangan air di Tawau yang dijangka akan menyelesaikan gangguan di daerah berkenaan.
Empangan itu akan membekalkan air mentah kepada LRA Cinta Mata 1, LRA Cinta Mata 2 dan LRA Utara dengan kapasiti pengeluaran air terawat keseluruhan sebanyak 161 juta liter sehari.
Masalah Air Di Tawau Dijangka Selesai Sebelum akhir 2027
Kalau aku tidak silap, semasa kerajaan Warisan projek projek itu dibatalkan atau ditangguhkan.
Kerajaan Warisan juga yang bertanggungjawab menukar syarikat konsesi air menjadi syarikat kroni Warisan. Hasilnya semakin menambah jumlah gangguan air, kerana syarikat berkenaan kurang modal dan tidak berpengalaman.
Jadi yang Adun Sri Tanjung tiba tiba tampil dengan kononnya 8 cadangan mengatasi gangguan air, untuk apa lagi? setakat memaklumkan yang dirinya masih hidup. Politik sampah!





















Leave a Reply