Kem Tentera Amerika Di Balabac Tiada Kaitan Dengan Sabah, Berfikir Yang Baik Saja – Hajiji

Pembinaan kem tentera Amerika di Pula Balabac Filipina tidak ada kaitan dengan Malaysia atau Sabah.

Menurut lagi Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor kem itu dibina di wilayah Filipina, justeru tidak seharusnya dijadikan isu dan dikaitkan dengan Sabah.

Betullah tu, Pulau Balabac milik kerajaan Filipina, jadi suka hati merekalah bekerjasama dengan tentera Amerika.

Kamu orang tahukah pernyataan Ketua Menteri itu ditujukan pada siapa?

Nah itu Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal. Sebelum ini melihat kehadiran tentera Amerika di Pulau Balabac sebagai ancaman kepada negeri dan rakyat Sabah. Mengingatkan rakyat Sabah agar jangan panik.

Kenapa pula rakyat Sabah panik, apa asasnya?

Tidak masuk akal, macam ada yang tersirat dan cuba menakut nakutkan rakyat Sabah.

Kementerian Pertahanan belum lagi mengeluarkan sebarang peringatan tapi pembangkang Warisan sudah lebih tahu akan ada yang menyerang Sabah?

Justeru itulah Ketua Menteri menasihati agar jangan berfikiran seperti Shafie Apdal, sebaliknya berfikiran baik saja.

Setakat mana bha pengetahuan Shafie Apdal tu berbanding Ketua Menteri Sabah, Datuk Hijiji Noor merangkap Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah.

Ini Warisan, macam suka pula jika Sabah huru hara.

Kenapa suka? sebab alang hidup susah sebagai pembangkang maka lebih baik semua orang susah apa bila Sabah terbabit dalam perang?

Aku berani cakaplah jika berlaku perang, semua jenis bangsa di Sabah akan bangkit mempertahnakan Sabah, kecuali mungkin para macai Warisan. Kidding Aside!. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading