Pilot Malaysia Kantoi Menyeludup Dadah Ke Indonesia

Tidak perlu gambar muka pengedar dadah dikaburkan. Yang dikaburkan kalau kes curi, penagih dadah dan seks apa lagi membabitkan anak muda malah tidak perlu pun nama mereka disebut secara detail.

Aku kalau berita seperti ini, apa lagi dari negara jiran Indonesia. Agak was was aku untuk mempercayainya. 

Bukan apa disana terlalu banyak berita hoax yang dijalankan oleh orang kebanyakan lagi tidak berkredibiliti dan berintegriti.

Di khabarkan bahawa seorang juruterbang dari Malaysia telah menyeludup sejumlah dadah ke negara Indonesia.

Dikatakan juruterbang itu ditangkap bersama dadah yang dibawahnya di terminal 3, International Bandara Soekarno-Hatta.

Kiranya selama ini dia gunakan kedudukannya sebagai pilot untuk mengaburi pihak berwajib agar bebas menyeludup dadah. Tapi kan orang lama sering  mengingatkan  sepandai pandai tupai melompat, jatuh jua.

Kenapa pilot seorang ni, lain macam dia punya nafsu. Gaji pilot kan cukup besar?

Leave a Reply

Proudly powered by WordPress | Theme: Baskerville 2 by Anders Noren.

Up ↑