
Pelakon terbaik dalam kategori pemimpin jatuh kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Kalau kita dengar kata katanya semasa datang ke pasar besar Kota Kinabalu seolah olah dialah orang yang paling prihatin dan telah memenuhi setiap tuntutan peniaga.
Dia kata tugas kita adalah memastikan mereka dibantu iaitu peniaga dengan dasar yang baik, kemudahan yang sempurna dan peluang ekonomi yang luas.
Bunyi macam prihatin? bagaimana pula dengan pasar Semporna? dan apa jasanya selama dia bergelar pemimpin baik dari konteks Semporna mahupun Sabah.
Suka aku menjelaskan disini, hanya era kerajaan GRS Pasar Besar Kota Kinabalu menjalani proses transformasi besar besaran. Pasar dibersihkan dengan begitu agresif bagi memastikan kebersihan pasar sentiasa terjamin. Selain penambahbaikan lain yang telah dijalankan.
Hari ini kalau kita berkunjung ke Pasar Besar Kota Kinabalu kita akan menyaksikan perubahannya.
Berbanding era kerajaan Warisan. Keadaan Pasar Besar Kota Kinabalu ketika itu, aku berani katakan sangat kotor dan tidak terurus. Kereta di parking sesuka hati hingga menyusahkan pengguna lain. Persis keadaan daerah Semporna semasa kerajaan Warisan, terkenal sebagai daerah paling kotor dan tidak terurus di Malaysia.
Pasar baru Semporna disiapkan dalam kerajaan GRS dan projek ini dimulakan semasa kerajaan BN yakni era Tun Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.
Sedangkan Shafie Apdal sendiri selaku wakil rakyat dan pemimpin nombor satu Semporna apa pula sumbangannya berkaitan prasarana dan menyediakan peluang ekonomi?. TIADA!
Perlu dimaklumi Shafie menjadi wakil rakyat Semporna telah berlangung lebih 30 tahun tapi tiada apa yang boleh dibanggakan.
Itu awal awal lagi aku katakan pelakon terbaik dalam kategori pemimpin di Sabah ialah Shafie Apdal. Pui!






















Leave a Reply