
Adalah hal yang menakutkan sebagai rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai suku bangsa tapi ada pihak yang percaya bahwa perpecahan akan menguntungkan politik atau parti mereka, terutama parti parti yang terdesak ingin menjadi kerajaan.
Justeru itu diharap pada pihak Polis yang akan menjalankan siasatan agar menilainya dari pelbagai sudut. Bertitik tolak dari gambar yang didakwa keadaan di depo tahanan Imigresen Sabah sedangkan bukan. Ertinya dia tidak tahu menahu.
PAKAS buat laporan polis, gesa siasatan segera tuduhan palsu terhadap kerajaan Sabah oleh individu gelar diri ‘Sultan Sulu’
TUARAN: Pengerusi Pertubuhan Amal Kembara Aspirasi Sabah (PAKAS) merangkap Pengasas TigaSatuTiga Channel, Keyafatullah Malik Aman, tampil membuat laporan polis berhubung satu hantaran media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan serta bahan visual mengelirukan berkaitan Sabah, yang disifatkan berpotensi menjejaskan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara sekiranya tidak ditangani segera.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran malam tadi selepas beliau mengesan satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook menggunakan nama “Sultan Muedzul-Lail Tan Kiram”, dipercayai milik individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan waris Kesultanan Sulu.
Menurut laporan berkenaan, hantaran tersebut mengandungi beberapa dakwaan berhubung operasi penahanan dan penghantaran pulang warga Filipina di Sabah, selain mendakwa berlaku kematian dalam pusat tahanan akibat kesesakan serta mengaitkan komuniti Tausug dengan hak sejarah terhadap Sabah.
Turut dibangkitkan ialah penggunaan sekeping gambar yang diberikan kapsyen “Tausug inside the detention cell in Sabah.” Bagaimanapun, berdasarkan semakan awal yang dibuat oleh pengadu melalui sumber terbuka, gambar berkenaan disyaki bukan dirakam di mana-mana pusat tahanan di Sabah, sebaliknya merupakan gambar lama dari Penjara Quezon City, Manila yang digunakan di luar konteks. Perkara itu dimohon supaya disiasat bagi menentukan kesahihannya.
Kefayatullah berkata, walaupun siasatan lanjut perlu dijalankan oleh pihak berkuasa, penyebaran kandungan sedemikian tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia menyentuh isu yang sensitif berkaitan Sabah.
“Ini bukan sekadar perbezaan pandangan di media sosial. Apabila sesuatu kandungan membawa dakwaan yang belum dipastikan kesahihannya, disertakan dengan gambar yang didakwa tidak menggambarkan keadaan sebenar dan dikaitkan dengan naratif sejarah Sabah, ia berpotensi membentuk persepsi yang salah dalam kalangan masyarakat, termasuk di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata, kandungan yang tular tanpa pengesahan mampu mempengaruhi sentimen masyarakat, menghakis keyakinan terhadap institusi penguatkuasaan serta membuka ruang kepada pihak tertentu untuk mengeksploitasi isu berkenaan bagi kepentingan tertentu.
Katanya, Sabah bukan asing daripada ancaman keselamatan yang mempunyai kaitan dengan tuntutan Kesultanan Sulu, justeru setiap naratif yang menyentuh kedaulatan negeri itu perlu dinilai secara serius dan berasaskan fakta.
Menurut beliau, laporan polis tersebut bukan bertujuan membuat sebarang tuduhan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan, penggunaan gambar, sumber penyebaran kandungan serta mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur penyebaran maklumat mengelirukan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Beliau turut berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi berkaitan dapat meneliti perkara itu mengikut bidang kuasa masing-masing.
“Kita tidak boleh menunggu sehingga sesuatu naratif berkembang menjadi konflik yang lebih besar. Jika terdapat unsur penyebaran maklumat yang mengelirukan atau cubaan mempengaruhi persepsi awam terhadap Sabah dan Malaysia, tindakan perlu diambil lebih awal. Pencegahan sentiasa lebih baik daripada berdepan implikasi yang sukar dikawal pada masa hadapan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah berkongsi kandungan yang belum disahkan kesahihannya, khususnya yang melibatkan isu keselamatan, hubungan diplomatik dan kedaulatan negara.
Dalam masa sama, beliau berharap siasatan yang dijalankan nanti dapat memberikan penjelasan menyeluruh kepada masyarakat serta memastikan sebarang tindakan diambil berdasarkan fakta dan bukti yang sah di sisi undang-undang.






















Leave a Reply