Kerajaan Negeri Era KM Hajiji Tidak Berhutang RM130 Juta Pada SFI

Artikel ini aku draft pada Mei 2023.

Rupanya Kerajaan Negeri tidak ada hutang sebanyak RM130 juta yang sepatutnya digunakan untuk membayar wang pampasan dan membayar gaji tertunggak pekerja-pekerja Sabah Forest Industries SFI.

Semalam Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi menjelaskan pertanyaan salah seorang bekas pekerja SFI, Jeffridin berhubung pampasan bekas pekerja SFI dan gaji tunggakan mereka.

“Tidak ada. Setahu saya, tiada. Kalau ada, kenapa kita simpan (dan tidak beri)… SFI yang pinjam, saya rasa lebih RM100 juta, daripada Bank Pembangunan Sabah (SDB),” katanya. SDB dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sabah.

Ertinya kerajaan Warisan melalui GTC yang membuat pinjaman sebanyak RM130 juta tetapi tidak gunakan untuk membayar pampasan gaji pekerja SFI?

Sekarang RM130 juta ada dimana?

Masidi mewakili Ketua Menteri pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Petronas di Pelabuhan Magellan Sutera, Khamis.

Kemelut SFI dan kerajaan negeri ini bermula pada tahun 2018 sejurus Warisan memegang tampuk kerajaan negeri Sabah, dimana PPSB selaku pemegang SFI yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Sabah disingkirkan dan diganti dengan GTC sebuah syarikat daripada China.

Pada Mei 2019 Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berjanji akan menyelesaikan pampasan dan tunggakan gaji pekerja SFI tapi sehingga kerajaan Warisan berakhir masoh gagal ditunaikan.

https://jalinluin.com/2023/01/16/penyelesaian-bekas-pekerja-sfi-menteri-kepada-ketua-menteri-sabah/

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading