Sabah Electricity Laksana Catuan Di Beberapa Kawasan – Ini Sebabnya

Sebab catuan dijalankan kerana gangguan pada platform milik Petronas yang menyalurkan bekalan gas untuk menjana elektrik. Bukan kerana kekurangan fasiliti dan seolah-olah kesalahan kerajaan negeri, seperti yang didakwa oleh pembangkang.

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) ingin memaklumkan bahawa catuan bekalan elektrik secara berjadual akan dilaksanakan di beberapa kawasan di seluruh Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

Keadaan ini berpunca daripada gangguan pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang telah menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP), sekali gus menyebabkan pengurangan kapasiti penjanaan elektrik dalam sistem grid Sabah.

Langkah ini dilaksanakan sebagai usaha pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik negeri terus terpelihara sementara usaha pemulihan kapasiti penjanaan sedang dilaksanakan.

Sabah Electricity memahami kesulitan yang akan dialami oleh pengguna akibat pelaksanaan catuan bekalan ini dan sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan tempoh gangguan.

Maklumat terkini mengenai kawasan yang terlibat serta perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Facebook Sabah Electricity Careline dan pengguna juga boleh menghubungi Sabah Electricity Careline di talian 15444.

Sabah Electricity memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya sepanjang tempoh catuan bekalan dan mengikuti pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat

SABAH ELECTRICITY LAKSANA CATUAN DI BEBERAPA KAWASAN – Laman Web MKN https://share.google/qbq6HElR0KMVjuGAb

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading