
Amat bersetuju pada kenyataan Datuk Jerry Ambuting bila mana menyangkal ura ura Timbalan Menteri Pendidikan, Adam Adli akan hadir ke UMS jika prosiding tatatertib ke atas dua Mahasiswa itu diteruskan.
Alasan yang munasabah dan konkrit. Ini kerana jika Adam Adli selaku Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia menyibuk soal tatatertib atau tribunal UMS maka kesannya UMS tidak lagi dinilai profesional oleh masyarakat dan tampak pentadbiran Universiti dipengaruhi orang politik.
Kenapa perlu dibela setelah Mahasiswa terbabit melakukan kesalahan. Berani buat berani tanggunglah. Bukan kah setiap penentangan ada risikonya.
Apa lagi kumpulan yang mengelarkan diri mereka ahli Persatuan Mahasiswa UMS tidak mendapat sokongan dan dorongan dari majoriti Mahasiswa UMS, mereka saja tu yang syok sendiri.
Bermakna mencampuri tindakan ke atas dua Mahasiswa yang tidak beradab adalah tidak adil kepada Mahasiswa lain. Justeru serahkan saja pada pentadbiran UMS .
Jadi kau Adam Adli letak tepi atitud jalan raya tu. Sebab nampaknya apa yang kamu suarakan semasa itu tidak membuahkan hasil pun.
Mantan Presiden Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd Said menyifatkan campur tangan mana-mana ahli politik dalam prosiding tatatertib Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai tindakan yang boleh menghakis autonomi serta mengancam integriti institusi pengajian tinggi, sambil menggesa Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim menghormati proses yang sedang berjalan.
Beliau berkata, kenyataan Adam Adli yang dilaporkan bersedia hadir ke UMS sekiranya prosiding tatatertib terhadap kedua-dua mahasiswa itu diteruskan adalah tidak wajar kerana boleh menimbulkan persepsi bahawa proses disiplin universiti dipengaruhi kepentingan politik
Beliau berkata, kenyataan Adam Adli yang dilaporkan bersedia hadir ke UMS sekiranya prosiding tatatertib terhadap kedua-dua mahasiswa itu diteruskan adalah tidak wajar kerana boleh menimbulkan persepsi bahawa proses disiplin universiti dipengaruhi kepentingan politik
โMahasiswa perlu memahami bahawa setiap tindakan mempunyai tanggungjawab dan akibat. Demokrasi bukan sekadar mengenai kebebasan bersuara, tetapi juga menghormati peraturan yang dipersetujui bersama.
Sebelum ini dua Mahasiswa UMS telah dikenakan tindakan tatatertib dan kemungkinan akan dibuang akibat terbabit dalam kekecohan dengan pihak berkuasa semasa protes perobohan “Kampung” “Asaon”, Kudat.
Semasa protes Mahasiswa berkenaan atas nama Persatuan Mahasiswa UMS. Sedangkan pentsdbbiran UMS sendiri Telah menegaskan kalau pentadbiran UMS tidak terbabit dan tidak ingin logo UMS digunakan.






















Leave a Reply