Zainudin Setiausaha Kerajaan Negeri yang Baharu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mempersetujui pelantikan Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu, berkuatkuasa mulai 29 Jun 2026.

Zainudin yang juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan menggantikan Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong yang akan tamat perkhidmatannya pada 28 Jun 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dengan pelantikan itu, diharapkan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan terus maju dan berdaya saing dalam melaksanakan transformasi pentadbiran negeri Sabah ke arah kemajuan dan kecemerlangan yang berterusan, sekali gus memastikan dasar-dasar kerajaan berjalan dengan baik demi kemakmuran rakyat dan negeri ini.

Beliau berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar yang telah berkhidmat dengan penuh cemerlang, dedikasi, berhemah dan berintegriti, sejak menggalas tugas itu pada tahun 2019.

Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar juga telah dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Jabatan Ketua Menteri berkuatkuasa 1 Jun 2026.

Tamat

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading