
Memang aku perasan sejak dulu, sering ada KDMR suka bersikap pembangkang seolah olah hanya mereka yang ada otak, mata dan konok hanya mereka yang berpendidikan. Lucu!
Namun pada kebiasaannya parti yang disokong oleh mereka sukar menjadi kerajaan. Mungkin orang luar menilainya begini, bayangkan belum lagi partinya jadi kerajaan sudah lupa diri, ini pula jika jadi kerajaan pasti syok terpaling Sabahan, semua ingin dibolot walaupun masih bodoh bukit.
Ironinya siapa pun menjadi kerajaan mereka ingin berjawatan tinggi dalam agensi kerajaan negeri atau separuh kerajaan. Mereka lupa bukan mereka yang memenangkan parti pemerintah tapi pengundi yang membenci atitud sampah macam perempuan ini. Kiranya tidak malu minum titik peluh orang.
Perempuan ini mengkritik perkara yang tidak lagi relevan, sebenarnya.
Yang aku tidak suka, dia langsung kaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, macam orang yang tiada pendidikan. Tiba tiba menyalahkan Ketua Menteri! Oleh itu aku nampak betina itu berniat jahat.
Masyarakat diwakili wakil rakyat Warisan, steady jak walaupun mereka tidak dibela dan tunggang langgang. Yang betina pula tu? dengar dengar kerja di Sawit Kinabalu.
Perempuan menerusi videonya mengkritik Ketua Menteri Sabah berhubung jalan raya bypass Kota Kinabalu Tuaran dengan mendakwanya seolah olah rosak teruk. Rosak teruk? hingga sanggup buat video bodoh?
Baru saja semalam aku melalui jalan berkenaan. Jalan raya itu sedang dalam pembinaan dan sentiasa sesak ini kerana ia menjadi laluan utama dari pantai timur Sabah ke Kota Kinabalu dan pengguna dari Tuaran dan sekitarnya. Jalan raya ini juga kerap dilalui kenderaan berat yang menyebabkan kerosakan jalan.
Pokoknya jalan raya bypass Tuaran Kota Kinabalu memang sangat sibuk hingga melambatkan kerja kerja pembinaan. No wonder lah kenapa memakan masa untuk disiapkan dan seolah olah keadaan jalan sentiasa rosak. Bukan apa, tidak menunggu lama jalan yang baru di aspal terpaksa dibaiki. Dalam masa yang sama kerja kerja membaiki dan mengaspal di tempat lain mesti diteruskan. Boleh bayangkan keadaannya? macam gali lubang tutup lubang. Selain beberapa faktor yang dihadapi oleh kontraktor dan Jabatan JKR
Pun begitu jika dibandingkan antara kerajaan Warisan dan GRS hari ini. Aku boleh katakan sangat berbeza, macam langit dengan bumi. Apa lagi kerajaan Warisan yang menangguhkan pembinaan Jalan Pan Borneo selama dua tahun. Jalan raya bypass Tuaran Kota Kinabalu termasuk dalam pakej Pan Boneo yang ditangguhkan.
Flyover Sepanggar tu hah, mulai disiapkan setahun selepas kerajaan Warisan tumbang.
Justeru aku tidak faham, kenapa perempuan yang juga kakitangan Sawit Kinabalu masih tidak berpuas hati malah menyalahkan Ketua Menteri Sabah. Sebab pilihan raya Parlimen akan datang?
Ini progres berlaku dalam kerajaan GRS, lepas itu tengok pula mulut betina celupar tu, sama kah?

Fakta Utama Projek Pan Borneo Bypass Tuaran
- Nama laluan: Lingkaran Luar Kota Kinabalu (KKORR)
- Lokasi: Putatan – Inanam – Sepanggar – Berungis (Tuaran)
- Panjang jajaran: ~41.7 km (WP06, WP07, WP08)
- Kemajuan semasa (Nov 2025):
- WP06 Putatan–Inanam: 93%
- WP07 Inanam–Sepanggar: 88%
- WP08 Sepanggar–Berungis (Tuaran): 84.84%
- Tarikh siap dijangka: Mac 2026 (laluan utama dibuka)
- Manfaat utama:
- Mengurangkan 30% trafik di pusat Kota Kinabalu
- Menjadi laluan alternatif dari Tuaran ke Putatan tanpa melalui bandar KK
- Menyokong kawasan industri KKIP dan pelancongan sekitar Inanam–Sepanggar
🚧 Isu & Cabaran Projek
- Kelewatan pelaksanaan disebabkan kekurangan mesin, tenaga kerja, isu pengambilan balik tanah, dan pengalihan utiliti.
- Arahan tegas KKR: kontraktor mesti patuhi jadual, jika gagal kontrak boleh ditamatkan.
- Penyelarasan utiliti: Telekom, Maxis, Celcom, Sabah Electricity dan JANS diminta percepatkan pengalihan utiliti.
🛣️ Perancangan Masa Depan
- Fasa 2 Pan Borneo Sabah: termasuk menaik taraf Jalan Kiulu–Pahu (Tamparuli) dan Jalan Pahu–Randagong (Ranau).
- Highway Network Development Plan (HNDP 2040): merangkumi kajian trafik, guna tanah, ekonomi dan sosio-ekonomi untuk rangkaian jalan raya lebih efisien di Sabah.





















Leave a Reply